Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Lebih 4,000 Peserta Dijangka Sertai Perarakan Hari Kebangsaan

Gambar hiasan



Lebih peserta 4,000 daripada 175 pasukan mewakili pelbagai jabatan dan agensi swasta dijangka menyertai perarakan sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-60 peringkat negeri di Dataran Batu Buruk, Kuala Terengganu, pada 31 Ogos ini (Khamis) .

Peserta yang mengambil bahagian akan berkumpul di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu  seawal jam 6.30 pagi.

Acara akan  dimulakan dengan perbarisan dan penyerahan Jalur Gemilang serta nyanyian lagu Negaraku sebelum diteruskan dengan bacaan ayat suci al-Quran dan doa untuk pejuang kemerdekaan.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman akan membacakan perutusan Hari Kebangsaan dan mengetuai laungan 'Merdeka' sebanyak tiga kali.


Perarakan akan bermula dari Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah melalui Jalan Sultan Sulaiman, Bulatan Batu Bersurat, hadapan Hospital Sultanah Nur Zahirah, simpang Batu Buruk dan berakhir di Dataran Batu Burok.

Yang DiPertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan berkenan berangkat menyaksikan perarakan dan perbarisan itu.

No comments: