Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Lebih 100 Bantuan Dari 'Lab Bajet' Idea Rakyat Terengganu


Terengganu menyediakan lebih 100 jenis bantuan yang memberi manfaat kepada rakyat yang memerlukan hasil 'Lab Bajet' yang dilaksanakan di setiap daerah.

Pada tahun lalu, 502 input dikumpulkan dalam pembengkelan bajet melalui lontaran idea rakyat dari pelbagai peringkat usia dan profesional itu.

Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, di negeri ini bukan sahaja aman, malah banyak manfaat yang diperolehi daripada lebih 100 bantuan kerajaan untuk pelbagai golongan khususnya yang kurang berkemampuan.

"Bantuan disediakan dari sejak lahir sehinggalah kita menghembuskan nafas yang terakhir.

"Macam tahun ini, bersempena dengan Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2017, kita ada bantuan khas untuk menggalakkan lagi sektor pelancongan. Antaranya ialah yang pertama, bantuan one-off menghias beca dan bot penambang dengan peruntukan sebanyak RM85,000. Kedua, bantuan baju korporat dan kemeja rasmi TMT 2017 sebanyak 1,290 helai kepada frontliners pelancongan dan ketiga bantuan tayar percuma kepada pemandu teksi dengan peruntukan sebanyak RM262,000,"katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pekan Budaya Peringkat Daerah Kuala Nerus 2017 dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Daerah Kuala Nerus di Pentas Terbuka, Pantai Teluk Ketapang, malam tadi.

Turut hadir, isteri Menteri Besar, To' Puan Seri Halina Zakaria, Pegawai Daerah Kuala Nerus, Dato' Tengku Farouk Husin Tengku Abdul Jalil dan pegawai kanan kerajaan.

Menurut Ahmad Razif lagi, segala nikmat dan bantuan ini hanya dapat dikecapi hasil kemerdekaan negara.

Tambahnya, tahun bersilih ganti, pada tahun ini genap 60 tahun negara menyambut kemerdekaan dan mengecap keamanan hasil pengorbanan nenek moyang kita yang terdahulu.



Beliau berkata, keamanan yang ada perlu dipelihara sebaik mungkin untuk generasi mendatang dan berusaha mengelak perpecahan serta berhati-hati dengan segelintir pihak yang kurang senang serta mempunyai muslihat.

"Setiap apa yang terjadi bukan semata-mata untuk berfikir negatif, tetapi ianya sebagai langkah berjaga-jaga.

"Mari kita lihat dari sudut positif. Kekuatan sesebuah negara bergantung kepada perpaduan rakyatnya,"katanya lagi.

Beliau seterusnya  menasihatkan semua golongan bersatu padu dalam memelihara negara dan negeri kita yang tercinta sekali gus tidak terpedaya dengan anasir-anasir mahu pun fitnah luar.

No comments: