Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Lawatan Sehari TPM Ke Terengganu Esok


Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dijadual akan mengadakan lawatan kerja sehari ke Terengganu esok (Jumaat).

Beliau yang juga Pemangku Timbalan Presiden UMNO, dijangka tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Nerus, kira-kira jam 9.20 pagi.

Ahmad Zahid kemudiannya akan ke Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Gong Badak, Kuala Nerus bagi merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Kuala Nerus.

Lebih 6,000 orang termasuk sayap parti, Puteri, Pemuda, Wanita dan Veteran UMNO dijangka akan menghadiri program itu.

Kemudiannya beliau dijadualkan menyertai solat Jumaat bersama masyarakat setempat di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang, Kuala Terengganu.

Kira-kira jam 2.45 petang pula Ahmad Zahid akan merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Terengganu di Stadium Negeri, Kuala Terengganu.

Sebaik selesai majlis itu, beliau bersama rombongan lain akan melawat Pusat Rehabilitasi 1Malaysia DUN Seberang Takir di Telaga Daing, seberang Takir, Kuala Nerus, kira- kira jam 5 petang.

Beliau dijangka bertolak balik ke Kuala Lumpur pada jam 7.00 petang

No comments: