Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Kunjungan Hormat Ukom Ke SKMM Dapatkan Khidmat Nasihat Media


Kakitangan Ukom dan kakitangan SKMM bergambar kenangan ketika Majlis Kunjungan Hormat. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail

Unit Komunikasi Negeri Terengganu (Ukom) mengadakan kunjungan hormat ke atas Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia (SKMM) di Cyberjaya,Selangor, hari ini bertujuan mendapatkan khidmat nasihat dan pandangan pelbagai aspek terutama berkaitan komunikasi dan media secara keseluruhannya.

Kunjungan hormat yang diketuai Pengarah Ukom, Dato' Muda Mamat itu menjadi platform bagi kedua-dua pihak  membincangkan isu-isu berkaitan yang boleh membantu menaikkan imej kerajaan di mata masyarakat melalui saluran media dan penggunaan teknologi maklumat.

Muda berkata, Ukom akan terus mendapatkan  khidmat nasihat SKMM dan berkemungkinan akan mengadakan satu kolaborasi untuk menjayakan program berkaitan media.

“Langkah itu perlu agar Ukom dilihat setaraf dengan agensi media arus perdana lain dalam menyampaikan maklumat dan menjadi medium antara kerajaan  dengan masyarakat,”katanya dalam perbincangan itu.

Turut hadir, Pegawai Sektor Keselamatan Rangkaian Dan Penguatkuasaan SKMM, Zulkarnain Mohd Yasin, Ketua Bahagian Pemantauan Dan Pematuhan SKMM,Sharizan Abdul Aziz; Ketua Jabatan Pelaksanaan Jangkauan SKMM,K Jusly Elis dan Timbalan Pengarah (Pengurusan) Ukom, Muhd Aimin Mohd Tahir.

Zulkarnain berkata, pihaknya yakin satu transformasi baharu boleh dipertingkatkan Ukom terutama membabitkan  bidang komunikasi seperti penggunaan media sosial, siaran berita menggunakan grafik,video dan sudut penceritaan.

“Apa yang penting sumber maklumat yang mahu disampaikan adalah sahih dan tepat.

“Sama seperti Ukom, SKMM turut mewujudkan portal khas iaitu sebenarnya.my untuk menyebar luas pelbagai isu yang sahih berkaitan kerajaan dan pihak yang berkepentingan,”katanya.

No comments: