Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Ketua Penyelia Atra Chukai Meninggal Dunia


Ketua Penyelia Agensi Transformasi Rakyat Terengganu (Atra) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chukai, Che Wan Asri Che Wan Abdullah meninggal dunia kira-kira jam 4 petang tadi akibat strok berdarah.

Allahyarham Asri, 40, menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan, Pahang.

Arwah yang juga Pengerusi Biro Agama dan Pergerakan Ketua UMNO Bahagian Kemaman meninggal dunia di sisi isterinya, Rosmawati Abd Razak, 39, dan tiga anak perempuan mereka iaitu Che Wan Norsyamila, 12,Che Wan Nor Iffah,9 dan Che Wan Norbalqis 8 tahun.

Rosmawati berkata, arwah suaminya diserang strok ketika sedang beristirehat selepas menunaikan solat Maghrib semalam.


"Arwah mengadu kepada saya kakinya kebas hingga naik ke badan dan tidak dapat bercakap.

"Ketika itu juga arwah memberitahu kepada saya dan anak-anak yang beliau amat menyayangi keluarga dan selalu berpesan kepada anak-anak agar sentiasa belajar bersungguh-sungguh," katanya.

Menurut Rosmawati lagi, keadaan suaminya semakin teruk apabila tidak mampu bercakap sebelum tidak sedarkan diri dan segera dikejarkan ke Hospital Kemaman kira-kira jam 8 malam semalam.

"Tetapi disebabkan keadaannya yang semakin kritikal suami dipindahkan ke HTAA pada jam 11 malam," katanya.

Jenazah kemudiannya dibawa pulang ke rumah ibunya untuk urusan pengebumian.

Rosmawati berkata, jenazah dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kuala Kemaman kira-kira jam 10 malam selepas solat Isyak.

Seramai kira-kira 300 orang hadir menziarah jenazah Allahyarham.

No comments: