Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Ketengah Tarik Penyertaan Di Bidang Keusahawanan Menerusi Program Input Pertanian



Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah)berjaya menarik penglibatan penduduk terutamanya golongan muda dalam keusahawanan melalui program input pertanian (pemulihan dusun) dan pelancaran kebun dapur.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan,Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat Negeri, Roslee Daud berkata, melalui usaha itu mentaliti 'makan gaji' seharusnya diubah kepada menjadi usahawan yang berjaya dan dapat pula menawarkan peluang pekerjaan kepada orang lain.

"Saya amat berharap bantuan sebegini ini mencapai maksudnya dan melihat nanti lahirnya di Wilayah Ketengah ini usahawan-usahawan yang gigih, cekal, tahan diuji serta berjaya menjadi usahawan yang penuh wibawa malah dapat mencabar penguasaan bangsa-bangsa lain di negara kita.

"Ini juga selaras dengan hasrat kerajaan negeri dalam usaha Jom Bantu Rakyat. Ketengah hari ini telah mengambil satu tanggungjawab untuk membantu rakyat pedalaman terutamanya melalui pertanian,"kata Roslee.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Besi (ADUN)berkata demikian kepada Teganukita di Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan Dan Penyampaian Input Pertanian Program Peningkatan Pendapatan Ketengah Tahun 2017 di Tasik Puteri,Bukit Besi, Dungun, hari ini.



Seramai 120 orang peserta daripada enam kampung yang terpilih menerima sumbangan berbentuk baja organik, manakala 150 orang lagi menerima beg plastik,racun dan benih bagi Program Kebun Dapur.

Sementara itu, Pengurus Khidmat Pengurusan Ketengah, Ahmad Fakaruddin Ahmad berkata, program bantuan input pertanian (pemulihan dusun) Ketengah ini berkonsepkan Jom Banty Rakyat yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak baru- baru ini.

Jelasnya lagi, Ketengah dalam usaha untuk membangunkan modal insan masyarakat dan sentiasa cakna akan keperluan kumpulan sasar terutama dalam usaha meningkatkan ekonomi golongan yang berpendapatan rendah (B40).

" Program ini bersifat mesra rakyat kerana dalam program ini pemimpin sendiri turun padang mendekati dan membantu peserta malah pembahagian input pertanian ini diharap dapat mengurangkan kos perbelanjaan seterusnya dapat meningkatkan hasil pengeluaran tanaman.

"Ini termasuklah program pelancaran kebun dapur merupakan kesinambungan daripada Program Bumi Hijau di bawah Dasar Jaminan Bekalan Makanan (DJBM) yang memberi fokus kepada penggalakkan penduduk luar bandar menambah pendapatan melalui aktiviti ekonomi berkonsepkan tanaman, ternakan dan akuakultur,"katanya.

No comments: