Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Keropok Laris Di Program Jelajah Beautiful Terengganu Pulau Pinang

Gerai Niya Serunding yang menggunakan konsep seperti di Pasar Kedai Payang.

Makanan tradisional Terengganu seperti keropok, manisan dan serunding mendapat sambutan di luar jangkaan pada Program Jelajah Beautiful Terengganu 2017 yang berlangsung di Mydin Bukit Mertajam, Seberang Perai, Pulau Pinang bermula 4 Ogos lalu.

Pengusaha makanan tradsional yang juga pemilik Niya Serunding, Robaniyah Adawiyah Abdullah berkata, jualan makanan tradisionalnya terutama Keropok Pengkalan Setar, selain manisan serta serunding antara yang laris terjual di kalangan masyarakat setempat dan pengunjung karnival itu.

Robaniyah, usahawan yang dibimbing Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) itu berkata, dia tidak menjangkakan produk yang dibawa ke negeri utara itu mendapat tarikan dan diterima baik pelanggan.

"Pada awalnya, saya takut untuk mengambil risiko dengan menyertai program jelajah ini kerana bimbang sekiranya gagal mendapat sambutan.

"Namun, melihat kepada sambutan yang diberikan oleh masyarakat di Pulau Pinang, memberi saya keyakinan untuk terus menyertai siri jelajah seterusnya di masa depan," katanya kepada Teganukita.


Robaniyah berkata, sepanjang dua hari berada di Pulau Pinang, hasil jualan yang diperolehinya mencecah hampir RM15,000.

Tambahnya, lebih 300 kilogram (kg) keropok keping yang dibawa olehnya hampir kehabisan berikutan sambutan menggalakkan oleh masyarakat setempat.

"Pada awalnya, saya ingin membawa 500 kg keropok keping namun bimbang jika tidak mendapat sambutan. Bagaimanapun,  dengan menggunakan konsep longgok seperti yang diamalkan oleh peniaga di Pasar Besar Kedai Payang, makanan yang dibawa oleh saya akhirnya laris dan hampir tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan ramai," katanya.

Niya Serunding antara 23 peserta yang menyertai program jelajah pada kali ini selama tiga hari bermula 4 Ogos lalu di Mydin Bukit Mertajam, Seberang Perai, Pulau Pinang.

No comments: