Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Kerajaan Negeri Putuskan Tempoh Pajakan Tanah Kini 99 Tahun

Kerajaan negeri bersetuju untuk menyeragamkan tempoh pajakan tanah kediaman dan bangunan perniagaan di negeri ini kini adalah selama 99 tahun.


Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, perkara tersebut telah diputuskan dalam Mesyuarat Mingguan Exco minggu lalu.

"Dalam mesyuarat Exco lepas, kita telah bersetuju tanah kediaman, bangunan termasuk perniagaan tempoh pajakannya semua 99 tahun.

"Justeru tidak ada lagi pajakan selama 30 mahu pun 60 tahun bagi mana-mana tanah baharu yang ditawarkan kepada rakyat,"ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Kuala Nerus di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus, petang tadi.

Turut hadir Timbalan Ketua Umno Bahagian Kuala Nerus Dato' Basir Ismail serta Ketua Pemuda Umno Bahagian Kuala Nerus Khairuddin Abd Majid.


Katanya, antara tujuan dilaksanakan perkara tersebut adalah untuk membantu rakyat bagi memudahkan mereka mendapat pinjaman daripada agensi lain.

"Kebiasaannya, jika tempoh pajakan panjang maka pinjaman yang bakal diterima lebih tinggi," ujarnya.

Menurut Ahmad Razif, pemilik tanah sedia ada juga boleh menyambung tempoh pajakan menerusi permohonan di pejabat tanah yang secara tidak langsung dapat menyeragamkan tempoh pajakan bagi mana-mana pemilik tanah di negeri ini.


Dalam perkembangan lain, beliau telah mengarahkan pengambilan langkah pencegahan susulan kes-kes kematian akibat disengat tebuan, dan terbaharu mengorbankan seorang lagi kanak-kanak, Puteri Nur Aisya Azahar, 8, di Kampung Lay Out, Tok Has, Besut kelmarin.


Kanak-kanak itu merupakan mangsa keempat yang meninggal dunia  akibat disengat serangga berbisa itu di negeri ini sejak awal bulan ini.


“Saya telah mengarahkan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Roslee Daud untuk mengambil langkah pencegahan termasuk memberi makluman kepada pihak bertanggungjawab untuk mengenal pasti tempat-tempat berisiko.


“Di samping itu, perlu ada penerangan kepada masyarakat supaya mereka lebih peka kerana kanak-kanak mungkin tidak tahu bahaya tebuan dan sarangnya.


“Kalau dapati ada sarang, kita minta tindakan segera diambil termasuk minta bantuan Angkatan Pertahanan Awam (APM),” katanya.

No comments: