Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Kerajaan Negeri Komited Keluarkan Usahawan Wanita Dari Perusahaan Mikro


Kerajaan negeri komited membantu usahawan wanita yang mengusahakan perusahaan mikro meningkatkan perniagaan mereka ke peringkat lebih tinggi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Roslee Daud berkata, mengikut kajian yang dibuat masih ramai usahawan wanita negeri ini berada di tahap mikro atau mengusahakan perniagaan kecil-kecilan.

“Daripada keseluruhan syarikat yang berdaftar dengan  Suruhanjaya Syarikat Malaysia, hanya satu perempat adalah syarikat Bumiputera dan 88 peratus daripadanya adalah usahawan wanita yang menjalankan perusahaan mikro.

“Syarikat yang menjalankan perusahaan mikro hanya mempunyai pendapatan tahunan kurang daripada RM250,000 atau lima orang kakitangan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Seminar Transformasi Usahawan Wanita 2017 di Hotel Grand Puteri, Kuala Terengganu, hari ini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu, Dr Tengku Khairi A. Rahman.

Katanya, seminar yang diadakan itu merupakan salah satu pendekatan yang dibuat kerajaan negeri dengan membawakan usahawan wanita berjaya untuk berkongsi rahsia dan ilmu perniagaan.

Menurut Roslee, kerajaan negeri menerusi YPU dengan kerjasama agensi terlibat telah melaksanakan pelbagai program keusahawanan bagi wanita yang berminat menjadi usahawan dan juga membangunkan usahawan wanita yang telah lama berkecimpung dalam dunia keusahawanan.

“Pelbagai skim juga diwujudkan khas bagi membantu mereka mengembangkan perniagaan masing-masing,” ujarnya.

No comments: