Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Kerajaan Negeri Galak Lebih Banyak Persatuan Penduduk Daftar Dengan JPPM

Mohd Jidin menyampaikan replika cek kepada persatuan penduduk di Majlis Perasmian Program Ekspresi Pertubuhan dan Geran Penduduk Tahun 2017 di Dewan Mandalika Muzium Negeri, hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu Kassim.

Kerajaan negeri menggalakkan pertubuhan terutamanya persatuan penduduk dan keselamatan di negeri ini berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) Kementerian Dalam Negeri dan memohon Geran Persatuan Penduduk 2017.

Dalam pembentangan Bajet 2017 lalu, Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak memperuntukkan Geran Persatuan Penduduk sebanyak RM40 juta kepada persatuan penduduk berdaftar seluruh negara dengan nilai permohonan maksimun sehingga RM10,000.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan Dan Kesejahteraan Bandar Negeri, Dato’ Mohd Jidin Shafee berkata, setakat ini hanya sembilan kampung yang berdaftar dengan JPPM.

“Mungkin masih ramai persatuan penduduk yang tidak tahu mengenai geran ini. Justeru, kita amat menggalakkan mereka mengambil peluang ini dengan membuat pendaftaran selewatnya 31 Oktober dan layak menerima ‘one- off’ sebanyak RM10,000.

“Pemberian geran ini bertujuan memastikan kawasan kejiranan selamat dan tenteram kerana persatuan penduduk lebih kepada menjaga keselamatan dan kesejahteraan kampung dan tidak termasuk pembangunan,” ujarnya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Program Ekspresi Pertubuhan dan Geran Penduduk Tahun 2017 di Dewan Mandalika Muzium Negeri, hari ini.

Turut hadir, Ketua Pengarah JPPM Dato’ Mohammad Razin Abdullah.

 Katanya, terdapat lebih 1,000 kampung di negeri ini dan bilangan yang berdaftar dengan JPPM masih rendah.

“Justeru, amat digalakkan persatuan penduduk untuk berdaftar dengan JPPM bagi membolehkan menikmati faedah daripada kerajaan termasuk bantuan membiayai peralatan kawalan keselamatan serta pembersihan dan penyelenggaraan untuk memastikan kawasan kejiranan berada dalam keadaan selamat,” ujarnya.



No comments: