Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Kempen Penyusuan Susu Ibu Perlukan Sokongan Semua Pihak


Sokongan semua pihak penting bagi menjayakan Kempen Penyusuan Ibu yang menggalakkan golongan ibu menyusukan anak dengan susu ibu secara eksklusif dari lahir sehingga umur enam bulan.

Isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Halina Zakaria berkata, kerajaan turut menyokong Kempen Penyusuan Ibu menerusi penyediaan fasiliti yang memberikan sokongan dan mempromosikan penyusuan ibu dengan Hospital Rakan Bayi, klinik kesihatan dan kumpulan sokongan penyusuan ibu.

“Justeru, sokongan masyarakat dan pihak swasta turut memainkan peranan penting dan dapat dilakukan dengan menyediakan ruangan khas untuk golongan ibu menyusu anak mereka seperti di pusat membeli-belah dan sebagainya.

“Selain, penyediaan ruang khas oleh pihak majikan bagi kemudahan ibu menyusu menyediakan simpanan bekalan susu untuk anak mereka ketika diwaktu kerja turut menyumbang kepada kejayaan Kempen Penyusuan Ibu,” ujarnya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia Peringkat Negeri di Hotel Primula, semalam.

Turut Hadir, Pengarah kesihatan Negeri Terengganu, Dr Mohammad Omar.

Menurut Halina, semua pihak harus memainkan peranan untuk menjayakan kempen penyusuan susu ibu dan diperluaskan lagi dari semasa ke semasa dalam menggalakkan ibu-ibu menyusukan anak mereka sejak lahir sehingga sekurang-kurangnya ke usia enam bulan.


No comments: