Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Kejayaan Azizulhasni Hadiah Emas Ke111, Pengiktirafan Besar Buat Rakyat Dan Negeri- MB

Negara kita telahpun berjaya mencapai sasaran 111 pingat emas untuk Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, sekali gus menjadi juara keseluruhan dalam temasya tersebut.
Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman turut berbangga dengan pencapaian atlet-atlet yang menyumbang kejayaan kepada negara khususnya atlet dari Terengganu.
Katanya, emas ke-111 Sukan SEA disumbangkan oleh anak Terengganu, Azizulhasni Awang dalam acara pecut individu lelaki di Velodrom Nasional, malam tadi.
Malah, beliau juga turut berbangga apabila seorang lagi anak Terengganu, Fatehah Mustapa turut merangkul emas ke-110 dalam acara pecut individu wanita.
Tambahnya, kejayaan anak Terengganu merupakan satu pengiktirafan besar buat rakyat dan Negeri Terengganu.
"Dengan pencapaian itu, Terengganu bukan sahaja dikenali sebagai kuasa besar pendidikan negara malah juga kuasa besar sukan Negara.
“Saya bagi pihak Kerajaan Negeri Terengganu sekali lagi mengucapkan tahniah kepada Azizulhasni dan Fatehah, serta seluruh atlet Terengganu yang mewakili Malaysia diatas kejayaan menyumbangkan pingat emas kepada Negara sehingga kita berjaya mencipta sejarah buat negara kita.
“Perjalanan kita tidak terhenti setakat Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 sahaja. Teruskan perjuangan dan ciptalah lebih banyak cerita-cerita kejayaan sehingga ke persada antarabangsa. Rakyat Negeri Terengganu khasnya, dan Malaysia amnya sentiasa mendoakan kejayaan atlet-atlet kita,”katanya.



No comments: