Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Jualan Bebas Cukai Tasik Kenyir Fasa 1 Tiada Produk Berduti Tinggi


Jualan bebas cukai di Tasik Kenyir hanya melibatkan aktiviti peruncitan dan tidak termasuk barangan berduti tinggi seperti produk petroleum, kenderaan, produk minuman alkohol termasuk rokok dan tembakau.

Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), Omar Ismail berkata, pelancaran operasi jualan Zon Bebas Cukai Tasik Kenyir pada hari ini bermula di Pengkalan Gawi dan fasa seterusnya di Kompleks Bebas Cukai di Pulau Bayas yang dijangka beroperasi pada 1 Ogos tahun depan.

Katanya, Ketengah mensasarkan untuk menarik 750,000 orang pengunjung pada tahun ini bagi menyemarakkan lagi pelancongan di Tasik Kenyir.

"Barangan utama Zon Bebas Cukai Tasik Kenyir ialah coklat, pinggan mangkuk dan alatan dapur, minyak wangi serta bagasi.

"Dengan bermulanya operasi ini, akan menjadi satu titik tolak kepada pembangunan yang lebih pesat dan berimpak tinggi di Tasik Kenyir," katanya di majlis Pelancaran Jualan Zon Bebas Cukai Tasik Kenyir oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman di Pengkalan Gawi, Hulu Terengganu, hari ini.




Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato'  Mohd Zubir Embong; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan Negeri, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang; Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga Dan Teknologi Hijau Negeri, Ir. Rosli Othman

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri Air Putih,Wan Abdul Hakim Tan Sri Wan Mokhtar; Pengurus Besar Ketengah,Omar Ismail dan juga Timbalan Pengerusi Ketengah, Dato' Din Adam.

Beliau berkata, Zon Bebas Cukai Tasik Kenyir juga akan berganding bahu dengan tarikan yang ada  seperti Kenyir Island Hopping, Santuari Kelah dan Perkampungan Konservarsi Gajah Kenyir (KECV) bagi memperkasakan Tasik Kenyir menjadi 'Destinasi Wajib Lawat' di Terengganu.

"Di samping itu, penduduk tempatan juga akan sama-sama menikmati hasil daripada pembangunan di Tasik Kenyir dengan peluang-peluang perniagaan dalam pelbagai bidang akan terbuka dengan lebih luas.

"Misalnya dengan pertambahan bilangan pengunjung, di Tasik Kenyir kini mempunyai rumah bot sebanyak 72 buah dan 42 buah bot laju yang memberikan hasil pendapatan kepada pengusaha-pengusaha tempatan,"katanya.


No comments: