Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Jelajah Visit Terengganu Akan Diteruskan


Program Jelajah Beautiful Terengganu akan diteruskan pada masa akan datang bagi mempromosikan keunikan Terengganu di mata pelancong dalam dan luar negara.

Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (JPNT), Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak berkata, sehingga kini, tiga siri jelajah diadakan setiap tahun.

Katanya, untuk tahun ini juga, tiga siri jelajah dirancang dan dua daripadanya berjaya membuka mata masyarakat setempat mengenai keunikan Terengganu.

"Jadi tahun ini kita sudah mengadakan satu jelajah di Singapura dan sekarang di Pulau Pinang manakala satu lagi akan diadakan di Melaka. Melaka akan dijadikan sebagai penutup bagi siri jelajah pada 2017.

"Kita sekarang sudahpun merancang Visit Beautiful Terengganu (VBT) sebagai sebahagian daripada Visit Malaysia Year  2020. Kita akan masih kekal dengan VBT hakta dalam Visit Malaysia Year 2020," katanya.


Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup Program Jelajah Beautiful Terengganu 2017 di Mydin Bukit Mertajam, Seberang Perai, Pulau Pinang, hari ini.

Tun Ahmad Faisal berkata, walaupun siri jelajah baru pertama kali diadakan di Pulau Pinang namun respon yang diberikan amat memberangsangkan.

Tambahnya, siri jelajah di negeri tersebut lebih bertujuan kepada memperkenalkan Terengganu kepada rakyat di sebelah Utara Semenanjung khasnya Pulau Pinang.

"Berbeza dengan siri jelajah di Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Singapura di mana meletakkan jualan sebagai Indeks Prestasi Utama (KPI) namun di Pulau Pinang kami lebih kepada misi membuka mata kesedaran masyarakat tentang kehadiran Terengganu sebagai satu lagi destinasi penting.

"Namun begitu, kutipan yang diperolehi sehingga hari ketiga sudah melebihi RM100,000. Pada hari pertama kita mencatakan kutipan sebanyak RM48,000 begitu juga pada hari kedua manakala untuk hari ketiga, kami menjangkakan kutipan lebih tinggi," katanya.

Bagi siri jelajah kali ini, sebanyak 23 ruang pameran dibuka termasuk industri makanan dan asas tani, tekstil dan kraf, perkhidmatan pelancongan, produk spa dan kesihatan dan kecantikan serta banyak lagi.

No comments: