Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Hulu Terengganu Bakal Jadi Wilayah Ketengah



Hulu Terengganu bakal menjadi daerah pertama di Terengganu sebagai wilayah Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) di bawah operasi penuh agensi itu.

Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, perluasan kawasan operasi  Ketengah di seluruh Daerah Hulu Terengganu akan dibentangkan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri(Upen) bagi mendapatkan persetujuan dan kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri(MMKN) dalam masa terdekat.

"Selepas diluluskan MMKN, kita akan bawa ke kabinet pula untuk urusan seterusnya, bagaimanapun ia bergantung kepada kos dan implikasi tetapi saya percaya tidak timbul masalah besar di peringkat negeri sebab Pengerusi Ketengah adalah Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

"Perluasan ini akan melibatkan sembilan mukim iaitu  Tanggul, Hulu Berang, Hulu Telemong, Jenagor, Kuala Berang, Kuala Telemong, Penghulu Diman, Tersat dan Hulu Terengganu.

"Ianya akan meliputi kawasan seluas 387,462 hektar dengan merangkumi 122 kampung dengan jumlah penduduk yang terlibat seramai 77,582 orang,"katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Hulu Terengganu di Dewan Akademi Binaan Malaysia di Jenagor, Hulu Terengganu, hari ini.

Turut hadir, Ketua UMNO Bahagian, Dato'Jailani Johari; Timbalan Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Dato' Rozi Mamat; Naib Ketua UMNO Bahagian, Yusof Awang Hitam; Ketua Penerangan UMNO Bahagian, Ghazali Taib; Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Datuk Fatimah Hamat;  Ketua Pergerakan Pemuda Bahagian, Johari Abu Bakar dan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Rozita Ismail.



Dalam ucapan perasmiannya, sebanyak RM40 juta diluluskan menerusi Rancangan Malaysia Ke-11 (2016-2020)bagi Projek Infrastruktur Perumahan Bandar Baru Gawi.

Ianya melibatkan keluasan 38 hektar tanah di Kampung Basung, Hulu Telemong yang merupakan lokasi utama di laluan masuk ke Tasik Kenyir.

"Konsep kali ini adalah pembangunan bercampur yang melibatkan rumah teres(179 buah, rumah berkembar(92 buah), rumah sesebuah(119 unit), rumah kedai(15 lot) dan sebuah stesen minyak," katanya lagi.

Ismail Sabri juga meluluskan kemudahan perkhidmatan bas luar bandar dua hala secara henti-henti dari Kuala Terengganu-Kuala Berang-Tasik Kenyir bagi memberi kemudahan pengangkutan kepada penduduk di Hulu Terengganu.

Katanya, kerjasama antara Ketengah dengan Mara serta Mara Liner itu kini dalam proses permohonan permit daripada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat ( SPAD).

No comments: