Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Houseboat Tasik Kenyir Dapat Sambutan Tinggi


Tasik Kenyir merupakan tasik terbesar yang pernah dibina oleh manusia untuk menjana kuasa elektrik di Asia Tenggara seluas 2,600 kilometer persegi dan memiliki 340 pulau kecil.

Sebelum ini, ia menjadi tarikan kepada pelancong kerana mempunyai 14 air terjun, jeram, hutan simpan dan gua yang mempunyai sejarah tersendiri.

Terkini dengan pelancaran Zon Bebas Cukai Tasik Kenyir kelmarin, ia menjadi nilai tambah kepada produk sedia ada di destinasi pelancongan berkenaan yang sudah mempunyai keunikannya tersendiri.

Pengerusi Persatuan Pelancongan Tasik Kenyir, Mohd Rafi Abd Wahab berkata, dalam tempoh Zon Bebas Cukai yang baru membuka tirai dan beroperasi bagi fasa satu, pengusaha-pengusaha bot mendapat permintaan tinggi secara mendadak daripada pelancong  yang datang untuk membeli-belah sambil berehat di rumah bot (houseboat).

"Rasanya untuk bulan Ogos ini, tempahan dah penuh namun masih ramai yang datang untuk bertanya sekiranya masih ada yang kosong. Ada yang terpaksa pulang dengan hampa dan ada yang terus menempah tarikh bagi menikmati keindahan tasik itu tidak lama lagi.

"Kami sediakan pakej-pakej yang menarik dan bersesuaian dengan kehendak para pengunjung tanpa membebankan mereka,"katanya kepada Teganukita ketika ditemui di Pengkalan Gawi,Tasik Kenyir, hari ini.

Rafi berkata, pelbagai pakej menarik ditawarkan bagi setiap rumah bot, ada juga pakej selama dua hari satu malam dan tiga hari dua malam dengan tawaran harga yang menarik.

"Pakej yang ditawarkan kepada pengunjung memang berpatutan dengan pengisian yang di buat dan setakat ini kami tidak menerima rungutan bahawa harga yang dikenakan mahal.

"Harga bergantung kepada rumah bot..ada yang menawarkan pakej serendah RM1,300 untuk satu malam dan ada juga pakej yang bertaraf mewah mencecah RM2,600 untuk satu malam.

"Pilihan pakej bergantung kepada para pengunjung sama ada mahukan yang sederhana ataupun mewah dan pengusaha rumah bot yang menguruskan segalanya mengikut permintaan,"katanya lagi. 

Menurut Rafi lagi, tasik ini juga mempunyai sejarahnya yang tersendiri seperti Gua Bewah yang menjadi penempatan manusia Zaman Mesolitik iaitu kira-kira 16,000 tahun lalu.

"Termasuklah dengan penemuan fosil dan pisau batu dipercayai tinggalan manusia Zaman Mesolitik di Gua Taat baru-baru ini,"ujarnya lagi.                        

No comments: