Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Sambutan Hari Kebangsaan 2017 Meriah, Penuh Semangat Patriotik

Yang di-Pertuan Muda Tengku Muhammad Ismail (kanan) menyaksikan perarakan Jalur Gemilang pada sambutan Hari Kebangsaan 2017 peringkat Negeri Terengganu di Dataran Batu Burok hari ini. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail
Sambutan Hari Kebangsaan 2017 peringkat negeri  Terengganu di Dataran Batu Burok, Kuala Terengganu  berlangsung dalam suasana meriah dan penuh patriotik dengan kehadiran luar jangkaan  pengunjung yang mula membanjiri lokasi itu sejak dari awal pagi.

Seramai 6,992 peserta daripada 142 kontinjen mengambil bahagian dalam acara perbarisan sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-60 2017, peringkat negeri Terengganu yang bertemakan Negaraku Sehati Sejiwa.

Mereka terdiri daripada jabatan dan agensi kerajaan, badan berkanun, anak syarikat kerajaan negeri, syarikat korporat, institusi pengajian, jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (J3K) serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Yang di Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan berkenan berangkat ke majlis itu.


Turut berkenan berangkat, kekandanya, Tengku Nadhirah Zahrah serta Tengku Sri Temenggung Raja, Tengku Baharuddin Sultan Mahmud.

Baginda disambut oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan isteri, To’ Puan Seri Halina Zakaria; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail; Pengerusi Jawatankuasa Agung Sambutan Bulan Kebangsaan 2017 peringkat negeri, Dato’  Tengku Putera Tengku Awang.

Sebelum memulakan perarakan semua peserta berkumpul di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu,  seawal  jam 6.30 pagi.

Acara dimulakan dengan perbarisan dan penyerahan Jalur Gemilang serta nyanyian lagu Negaraku sebelum diteruskan dengan bacaan ayat suci al-Quran dan doa untuk pejuang kemerdekaan.

Menteri Besar,  Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman membacakan perutusan Hari Kebangsaan dan mengetuai laungan 'Merdeka' sebanyak tiga kali.

Perarakan sejauh 4.01 kilometer  itu bermula Stadium Sultan Ismail Nasirudin Shah menghala ke Jalan Sultan Ismail, Jalan Tok Lam, Jalan Sultan Sulaiman, Bulatan Batu Bersurat, Jalan Sultan Mahmud, Jalan Pantai Batu Batu Burok, Hadapan Warung Pak Maidin dan tiba di Taman Awam Batu Burok  kira- kira jam 8.45 pagi.

Perarakan dengan pasukan terakhir Pasukan Tindakan Cemas Malaysia berakhir kira- kira jam 11.45  pagi.


No comments: