Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Hargai Kemerdekaan dan Keamanan Negara- Ahmad Razif


Peserta berkumpul di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu  sebelum menuju ke Taman Awam Batu Burok. Foto Zulkifli C W Putra

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman meminta rakyat agar tidak lalai dan mengambil mudah kemerdekaan dan keamanan yang dikecapi negara selama 60 tahun ini.

Katanya, ramai dalam kalangan rakyat lalai dan mengambil mudah kemerdekaan serta keamanan tanpa mengetahui pencapaiannya bukanlah mudah.

“Tidak ada yang lebih berharga daripada mengecapi nikmat kemerdekaan ini dalam suasana aman, damai dan tenteram.


 “Inilah yang kita sedang nikmati sekarang di bumi Malaysia. Dan inilah yang kita perlu pertahankan sampai bila-bila,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sambutan Hari Kebangsaan ke-60 2017, peringkat negeri Terengganu yang bertemakan Negaraku Sehati Sejiwa di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, pagi tadi.

Yang di Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan berkenan berangkat ke majlis itu.


Turut berkenan berangkat, kekandanya, Tengku Nadhirah Zahrah serta Tengku Sri Temenggung Raja, Tengku Baharuddin Sultan Mahmud.

Hadir sama To’ Puan Seri Halina Zakaria; Setiausaha Kerajaan negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail; Pengerusi Jawatankuasa Agung Sambutan Bulan Kebangsaan 2017 peringkat negeri, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang.

Ahmad Razif berkata, banyak negara yang mencapai kemerdekaan sezaman dengan negara kita.


“Tetapi tidak ada satupun yang dapat mencapai tahap kejayaan dan pembangunan sepertimana yang sedang kita di Malaysia kecapi sekarang ini.


“Kita berjaya membuktikan disebalik kepelbagaian bangsa dan agama, adanya kesatuan. Malah kepelbagaian inilah yang menjadi sumber dan tunjang kekuatan Malaysia sebagai sebuah negara yang mahu dan kita  perlu mempertahankannya.

No comments: