Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

ECRL Disambut Baik Penduduk, Ledakan Ekonomi Negeri Pantai Timur

Orang ramai melihat model laluan ECRL sempena majlis pecah tanah projek itu yang disempurnakan Perdana Menteri, di Stesen Sentral KotaSAS, Kuantan,. Foto oleh Tg Syamim Tg Ismail

Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dijangkakan memberi mempunyai kesan pengganda kepada ekonomi negeri Pantai Timur khususnya dan negara secara keseluruhannya.

ECRL sepanjang 688 kilometer dengan kos sebanyak kira-kira RM55 bilion merupakan satu projek berimpak tinggi di bawah Rancangan Malaysia Ke-11(RMK11) yang akan menghubungkan Lembah Kelang dengan negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Sebagai projek infra rakyat,  ECRL akan memendekkan masa perjalanan di samping melengkapkan penggabungan pelbagai mod pengangkutan dengan mewujudkan perhubungan dua hala Pantai Timur yang lebih lancar dan efisien.

ECRL bakal merangsang pelaburan dan aktiviti komersial, mencipta peluang pekerjaan, menyediakan pendidikan berkualiti serta meningkatkan sektor pelancongan di negeri terlibat.

Dijangkakan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dari tiga negeri Pantai Timur akan meningkat sebanyak 1.5 peratus dengan wujudnya ECRL.

Tinjauan Teganukita di sekitar Majlis Pecah Tanah ECRL di Stesen Sentral KotaSAS, Kuantan, Pahang mendapati projek gergasi ini mendapat sambutan baik dan mengujakan penduduk termasuk golongan pelajar serta belia.

Wan Muhammad Saifullah Wan Abdul Aziz,21, dari Jerantut yang merupakan penuntut Pahang Skill College berkata, ECRL akan memudahkan perjalanan terutama kepada penuntut Institusi Pengajian Tinggi untuk pulang ke destinasi masing-masing.

"Saya sebagai anak muda dan masih lagi belajar merasakan ini satu kemudahan besar kepada golongan pelajar dari segi masa dan jarak perjalanan..tak perlu lagi nak fikir pasal perjalanan jarak jauh dan masa yang perlu dihabiskan,"katanya.

Bagi Muhammad Azizi Shariff,18, yang merupakan anak jati Kuantan berkata, setelah ECRL siap nanti, kadar kemalangan akan menurun dan tidak perlu lagi menempuhi kesesakan jalan terutama pada musim perayaan.

Menurutnya lagi, ECRL juga meningkatkan pembangunan yang sedia ada dan menggalakkan pertumbuhan bandar baru malah mengurangkan penghijrahan anak muda ke luar.
 Sementara itu Safariah Awang ,49, Paya Besar berkata, ECRL akan membuka peluang pekerjaan yang besar kepada penduduk sekitar terutama anak muda dan secara tidak langsung mampu meningkatkan ekonomi setempat.

"Orang kampung terutamanya menyambut baik pembangunan projek ini kerana ianya membuka peluang perniagaan dari segi pembangunan berorientasikan transit masuk pusat perniagaan dan membeli belah.

"Dari segi peluang pekerjaan juga akan meningkat apabila banyak pusat perindustrian dan lojistik akan tumbuh malah membantu kontraktor tempatan dengan menjadikan mereka sebagai pembekal utama seperti pasir,"katanya lagi.

No comments: