Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

ECRL Bukan Retorik, Direalisasikan Demi Manfaat Rakyat- Ahmad Razif

Perdana Menteri menyempurnakan Majlis Pecah Tanah  Projek ECRL Sentral KotaSAS, Kuantan,Pahang, hari ini. Foto oleh Tg Syamim Tg Ismail

Projek mega Rangkaian Rel Pantai Timur (ECRL) bukan satu retorik, tetapi projek yang akan direalisasikan demi memberi banyak manfaat kepada rakyat, demikian kata Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Menurutnya, projek yang akan bermula pada Januari 2018 melibatkan lapan pakej termasuk di Terengganu.

"Bermakna bermula Januari ini, pelaksanaan ECRL akan bermula dan mengambil masa sehingga tujuh tahun tapi saya difahamkan akan dipastikan supaya dapat disiapkan lebih awal.

"Sudah pasti ianya (ECRL) akan beri banyak manfaat antaranya memudahkan lagi laluan perjalanan untuk orang Terengganu yang ingin ke Kelantan, Pahang atau Kuala Lumpur dan sebaliknya,"kata Ahmad Razif ketika ditemui selepas Majlis Pecah Tanah  Projek ECRL Sentral KotaSAS, Kuantan,Pahang hari ini.

Beliau juga berkata, pelaksanaan ECRL turut memberi manfaat dari segi pengangkutan barangan kargo.

"Ini memudahkan membawa barangan kargo untuk dihantar ke Kelantan, Pahang atau Kuala Lumpur  melalui pelabuhan Kemaman, Kelantan atau pelabuhan Kelang.


"Urusniaga pastinya mudah dan berikan satu pertumbuhan ekonomi yang baik kepada negeri,"katanya lagi.

Sementara itu, Kaunselor Republik Rakyat China,Wang Yong, berkata ECRL adalah satu lagi projek penting yang menggalakkan pembangunan dan hubungan serantau.


"ECRL adalah satu contoh kerjasama ekonomi terbaik antara dua negara dan akan memacu kemakmuran Malaysia.

"Dengan 12 stesen penumpang, tiga stesen fret dan tujuh stesen penumpang dan fret gabungan, ECRL dijangka meningkatkan keluaran dalam negara kasar negara-negeri Pantai Timur sebanyak 1.5 peratus,"kata Wong.

No comments: