Perdagangan elektrik atau lebih dikenali sebagai E-
commerce (E-dagang) dilihat sebagai medium baharu untuk usahawan pada masa kini
menjual barangan dan perkhidmatan, sama ada melalui internet atau melalui
rangkaian media sosial.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan
Ismail berkata, ia merupakan pasaran yang menguntungkan dan dapat mengembangkan
perniagaan serta rujukan mereka bukan sahaja pasaran tempatan, tetapi dalam
sudut pandangan global.
“Ia juga dapat memacu pertumbuhan bumiputera dalam
perniagaan dan perindustrian di negeri Terengganu, walaubagaimanapun
penglibatan orang Melayu dalam kegiatan tersebut masih rendah.
“Sebab itu,
adalah diharapkan menerusi bantuan dan kemudahan yang disalurkan oleh kerajaan
dalam membantu perniagaan bumiputera dapat dihayati dan disebarkan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan
Majlis Konvensyen Usahawan Melayu; ‘Mendepani Cabaran Ekonomi Masa Kini’ di
Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu, Kuala Terengganu.
Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif YPU, Dr Tengku
Khairi Tengku Abdul Rahman.
Wan Nawawi turut merakamkan ucapan tahniah dengan
insentif Dewan Perniagaan dan Perindustrian Melayu Terengganu (DPPMT), YPU serta beberapa agensi yang terlibat dalam
Majlis Sekretariat Pembangunan Usahawan Terengganu (MSPUT) berhubung
penganjuran konvensyen tersebut.
0 komen: