Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Bertuah Terpilih Tunai Haji


Ahmad Razif meraikan bakal jemaah haji pada Majlis Meraikan Bakal Jemaah Haji Parlimen Kuala Nerus, di Hotel Tabung Haji, Foto Zulkifli Putra

“Saya menganggap diri antara insan paling bertuah kerana turut dipilih Allah S.W.T dan disenaraikan oleh Kerajaan Terengganu untuk menunaikan haji pada tahun ini.

“Tiada apa yang boleh diungkap melainkan rasa syukur kepada Yang Maha Esa dan terima kasih buat  kerajaan dan Menteri Besar kerana hadiah ini dapat menunaikan hajat saya sejak 30 tahun lalu,” kata Pesara Lembaga Muzium Negeri Terengganu, Mohd  Ariffin Muda, 60.

Arifin antara individu yang terpilih menunaikan haji selepas memenangi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)  Peringkat Negeri Terengganu 2015.

Beliau berkata demikian kepada Teganukita selepas Majlis Meraikan Bakal Jemaah Haji Parlimen Kuala Nerus, di Hotel Tabung Haji, Kuala Nerus, petang semalam.

Majlis itu disempurnakan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman. Hadir sama isterinya, To’ Puan Seri Halina Zakaria.

Ariffin turut memberitahu,  jika bukan kerana hadiah dari APC yang diterima pada 2015, mungkin dia sukar untuk ke Tanah Suci Mekah kerana gilirannya mengambil masa berpuluh tahun lagi.

“Lebih terharu pemergian ke Mekah pada 10 Ogos ini,  ditemani isteri, Zuraidah Ismail, 59, “ katanya yang tinggal di Kampung Pengkalan Maras, Batu Rakit.

Pesara guru Tadika Kemas, Zaini Yahya, 59, penantian lebih 10 tahun untuk menunaikan haji bersama suami, Mohd Shafie Jusoh, 60, akhirnya dimakbulkan Allah S.W.T.

“Dalam tempoh itu, banyak kali saya membuat rayuan, mungkin berkat kesabaran, doa dan solat hajat, apa yang diimpikan selama ini diizinkan Maha Esa,” katanya yang tinggal di Gong Badak, Kuala Nerus.

Sementara itu Ahmad Razif berkata, jemaah haji Malaysia khususnya Terengganu ke Tanah Suci Mekah diminta supaya tidak melupakan kesejahteraan negara dan tanahair dalam doa mereka.

“Lakukanlah ibadah haji dengan sebaiknya, dan jangan lupa untuk berdoa semoga Allah akan sentiasa memberikan rahmat-Nya kepada kita, untuk menjadi negara yang berjaya dan sejahtera,” katanya.
  



  

No comments: