Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Atlet Terengganu Sumbang Pingat Sukan SEA Bakal Peroleh Ganjaran


Ahmad Razif cuba memandu kenderaan ATV ketika merasmikan tapak dan stable Kuda bagi  Unit Berkuda Pasukan Tindakan Cemas Malaysia (PTCM) Awasan Pantai di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail 


Kerajaan negeri akan memberikan insentif kepada 59 atlet Terengganu yang berjaya membawa pulang pingat emas, perak dan gangsa pada temasya Sukan SEA Ke-29 baru-baru ini.

Menteri Besar, Dato’  Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, jumlah insentif itu belum diputuskan buat masa ini bagaimanapun, pengagihannya akan dibuat berdasarkan skim yang ditetapkan.

"Penyertaan atlet anak Terengganu dalam Sukan Sea kali ini merupakan yang paling berkualiti, jadi sebagai penghargaan dan untuk meraikan kejayaan mereka maka kerajaan negeri akan mengadakan majlis khas serta pemberian insentif kepada para pemenang.

“Bagaimanapun jumlahnya tidak boleh diumumkan sekarang," katanya kepada sebelum merasmikan Tapak dan Stable Kuda bagi  Unit Berkuda Pasukan Tindakan Cemas Malaysia (PTCM) Awasan Pantai di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu, hari ini.

Menurut Ahmad Razif,  jumlah pingat yang disumbangkan atlet negeri ini adalah 26 emas, 13 perak dan gangsa (10).

Katanya, pemenang pingat berganda adalah ratu trek negara, Fatehah Mustapa yang memperoleh empat emas; Azizulhasni Awang (2 emas); Khairul Anuar (1 emas, 2 perak); Nur Aliya Ghapar (1 emas, 1 perak, 1 gangsa); Irwandie Lakasek (2 emas); Mohd. Safarudin Abu Bakar (1 emas, 1 gangsa); Mohd. Hanafiah Dolah (1 emas, 1 gangsa) dan Zul Bahrin Mat Asri (2 perak).

"Yang paling manis, apabila Azizulhasni meraih pingat emas ke-111, iaitu jumlah sasaran emas negara," katanya.

Seramai 75 atlet anak negeri ini merupakan antara 844 atlet negara yang akan beraksi dalam Sukan SEA Ke-29 dan jumlah itu merupakan penyertaan tertinggi bagi atlet Terengganu berbanding 50 atlet dalam temasya sukan yang sama di Singapura dua tahun lalu.

No comments: