Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Anak Dungun Juara Siri Pertama Kejohanan Powerboat F3000

Yusof yang memandu D'Dalima muncul johan dalam siri pertama kejohanan F3000 Powerboat International Challenge yang berlangsung hari ini di Pulau Warisan, Kuala Terengganu.

Pelumba dari Dungun, Yusof Abu Bakar, 62, muncul juara dalam perlumbaan Terengganu F3000 Powerboat International Championship siri pertama dalam sirkit kejohanan tersebut yang berlangsung di Pulau Warisan, Kuala Terengganu, hari ini.

Yusof yang memandu D’Dalima berkata, beliau bernasib baik dapat memenangi perlumbaan itu memandangkan sebelum ini belum menduduki tempat terbaik dalam setiap pertandingan dan bergelar juara.

Katanya, walaupun merupakan anak jati Terengganu, dia tidak pernah menyertai perlumbaan di negeri sendiri dan ternyata kali ini dia `langkah kanan' apabila berjaya mengungguli masa terpantas dan mengenapikan pencabar lain yang lebih berpengalaman.


"Ini merupakan kali pertama saya muncul sebagai juara dan amat bertuah apabila memenanginya di negeri ini.

"Sebelum-sebelum ini tiap kali hampir menang selalu ada masalah seperti enjin pecah, kipas enjin jatuh dan sebagainya. Jadi ini juga dikira nasib apabila berjaya muncul sebagai juara," katanya kepada pemberita.

Dengan kemenangan tersebut, beliau membawa pulang RM20,000 berserta piala.

Tempat kedua dimenangi oleh Haji Nordin Haji Mohamad dari Pasukan Brunei manakala tempat ketiga dirangkul oleh Zulfaqa Ramli yang mewakili Pasukan ZRZZ Racing Team dari Johor.


Masing-masing membawa pulang Rm15,000 dan RM10,000 berserta piala.

Hadiah disampaikan oleh Pegawai Daerah Kuala Terenganu, Dato Mohd Yasim Awang.

Turut hadir Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak dan Pengurus Kelab Sukan Powerboat F3000 Malaysia, Mohd Glenn Abdullah.

No comments: