Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

A. Latiff Ketuai Lawatan Penjara Ke Kelantan



Ahli Lembaga Hakim Pelawat Penjara Negeri Terengganu ke penjara Pengkalan Chepa Kelantan semalam, bagi berkongsi idea dan melihat pengurusan penjara serta banduan yang lebih efektif bagi menambah baik sistem sedia ada.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan,Sains Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A.Latiff Awang selaku pengerusi lawatan itu, berkata program pertama kali itu  mampu mengeratkan silaturahim dan  bertukar-tukar pandangan antara dua pihak dalam usaha memperkasakan peranan jabatan masing-masing .

 "Pada program itu turut diadakan taklimat daripada Lembaga Hakim Pelawat Penjara Pengkalan Chepa dan sesi percambahan idea,"katanya ketika dihubungi Teganukita.

Turut serta, Pengarah Penjara Negeri Terengganu, Penolong Kanan Komisioner (PKK) Penjara, Ahmad Saidi Hamzah dan Pengarah Penjara Negeri Kelantan, PKK Hamzani Che Ibrahim.



Hadir sama, 24 ahli lembaga hakim pelawat penjara kedua-dua negeri.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan
berkata, kesemua ahli lembaga yang terdiri daripada pelbagai latar bidang profesional dan berkaitan turut mengadakan kunjungan hormat kepada Ahli Lembaga Hakim Pelawat Penjara Negeri Kelantan.

No comments: