Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

7,185 Unit Rumah Untuk Rakyat


Sebanyak 7,185 unit rumah membabitkan 24 projek Rumah Mampu Mililk (RMM) serta Program Perumahan Rakyat (PPR) di seluruh Terengganu siap dibina dan pengagihannya dibuat secara berperingkat-peringkat mengikut Dewan Undangan Negeri bermula tiga tahun lalu.

Daripada jumlah itu, Kuala Terengganu/Kuala Nerus mencatatkan 1,723 unit, Kemaman 1,158 unit, Dungun 1,133 unit, Besut  1,115 unit, Hulu Terengganu 600 unit, Setiu 133 unit dan Marang  291 unit.

Manakala sebanyak 880 unit masih dalam pembinanaan iaitu 160 Rumah Mampu Milik (RMM) di Pulau Redang dengan peratusan siap 86 peratus dan 500 unit RMM di Teluk Kalong Kemaman ( 99.5 peratus siap) dan 220 unit RMM di Bandar Seri Bandi, Kemaman dengan peratusan 7.43 siap.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan Negeri Dan Kesejahteraan Bandar Negeri, Dato’ Mohd Jidin Shafee berkata, harga rumah yang ditawarkan adalah RM68,000 seunit berserta bayaran deposit lima peratus daripada jumlah itu yang juga bersamaan dengan RM3,400.

“Tempoh bayaran telah dilanjutkan daripada 25 tahun kepada 30 tahun bagi meringankan beban rakyat, tanpa melibatkan sebarang kos perkhidmatan ataupun faedah.

“Ini menjadikan jumlah yang perlu dibayar hanya sebanyak RM189 sebulan secara kadar rata, termasuk insurans selama 30 tahun,” katanya.


Mohd Jidin memberitahu, kerajaan negeri melalui Bahagian Perumahan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri ada  menerima lebih 100,000 pemohonan bagi mendapatkan RMM/PPR di negeri ini berbanding hanya 8,065 unit yang ditawarkan di semua daerah setakat ini.

No comments: