Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

50 Penjawat Awam Cemerlang Terima Hadiah Pakej Menunaikan Haji


Ahmad Razif bergambar kenangan bersama penjawat awam yang menerima anugerah perkhidmatan cemerlang. Foto Zulkifli Putra

Perkhidmatan awam kini menjadi  fokus utama rakyat sekalu ejen pelaksana bagi menjayakan pelbagai program pembaharuan baik di peringkat persekutuan mahupun  negeri.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata sehubungan itu, penjawat awam perlu sentiasa mempertingkatkan pecapaian masing-masing bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan adalah yang terbaik dan memenuhi aspirasi rakyat secara keseluruhannya.

Katanya, pada sama sama, kita perlu sentiasa bermusahabah diri untuk terus menerus memperbaiki sistem pencapaian perkhidmatan ke arah lebih cekap dan berkesan.

“Kecemerlangan dalam memberikan perkhidmatan akan menjadi teras bagi menjayakan agenda Tranformasi Terengganu Baharu (TTB).


“Harapan saya, setiap penjawat awam perlu menanam  sikap ingin menjadikan kecemerlangan bagi mencapai matlamat dalam menyempurnakan amanah yang diberi,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Peringkat Negeri Terengganu, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail.

Seramai 50 penjawat awam pelbagai jabatan menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.
Setiap penerima anugerah  memperoleh ganjaran pakej menunaikan haji atau umrah, wang tunai RM5,000 beserta plak

Sementara itu, Wan Nawawi berkata hasil daripada kecemerlangan dalam pekerjaan itu akan memberikan kepuasan dan kegembiraan bukan sahaja kepada diri sendiri dan kerajaan malahan keada rakyat secara keseluruhannya.

Katanya, dalam usaha meningkatkan kecemerlangan perkhidmatan awam di negeri ini yang perlu  diberi tumpuan ialah meningkatkan dan memantapkan proses penyampaian perkhidmatan.

“Langkah itu penting bagi  memastikan dasar-dasar dan program kerajaan yang dilaksanakan mencapai sasaran yang ditetapkan secara terus kepada rakyat,” katanya.



No comments: