Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

16 Pasukan Bakal Berentap Pada Kejohanan Boling Padang Maksak Malaysia 2017

16 pasukan bakal berentap merebut kejuaraan pada Kejohanan Boling Padang Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (Maksak) Malaysia 2017 dari 10 hingga 13 Ogos ini.

Setiausaha Kehormat Maksak Terengganu, Mohd Rahimee Mohd Ramli berkata,  kejohanan itu akan disertai anggota Maksak Terengganu, Perlis, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Selangor, Sabah, Pahang, Perak, Labuan, Kelantan serta termasuk Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia.

Katanya, ia akan berlangsung di Kompleks Sukan Gong Badak Kuala Nerus.

“Lima kategori dipertandingkan iaitu dua sepasukan (lelaki dan wanita), tiga sepasukan (lelaki dan wanita) dan beregu campuran,” ujarnya ketika dihubungi Teganukita, hari ini.

Dalam pada itu Mohd Rahimee yang juga Penolong Setiausaha Kerajaan (Belia, Sukan dan Sumber Manusia) berkata, Maksak Terengganu turut diberi penghormatan untuk mengelola program Maksak Turun Padang bersama dengan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa merangkap Yang DiPertua Maksak Malaysia pada 11 hingga 12 Ogos sempena kejohanan tersebut.


No comments: