Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

14 Pasukan Berentap Di Kejohanan Terengganu F3000 Powerboat International Championship 2017

Tun Ahmad Faisal mendengar penerangan daripada seorang peserta yang bakal menyertai kejohanan tersebut. Foto oleh Harish Fadzillah Kassim

Sebanyak 14 pasukan mengesahkan penyertaan di kejohanan Terengganu F3000 Powerboat International Championship di PulauWarisan, Kuala Terengganu, bermula 24 Ogos ini.

Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak berkata, kejohanan selama tiga hari itu merupakan siri pertama dalam sirkit kejohanan powerboat kebangsaan.

Katanya, penganjuran kali pertama oleh Kelab Sukan Powerboat F3000 Malaysia di Terengganu itu turut melibatkan lima pasukan dari luar negara termasuk dari New Zealand, Brunei, Singapura dan Brazil.

"Untuk kejohanan powerboat di Terengganu, sebanyak 14 pasukan akan turut serta yang terdiri daripada lima pasukan luar negara yang menampilkan enam pelumba antarabangsa berserta sembilan pasukan tempatan.

"Yang menariknya, antara sembilan pasukan tempatan ini, terdapat satu pasukan dari Terengganu iaitu kumpulan D’Dalima Racing yang telah menyertai kejohanan lain di peringkat kebangsaan," katanya.


Beliau ditemui pemberita pada sidang media sempena Terengganu F3000 Powerboat International Championship di Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Kuala Terengganu, hari ini.

Turut hadir Pengurus Kelab Sukan Powerboat F3000, Mohd Glenn Abdullah.

Tun Faisal berkata, penganjuran perlumbaan itu menjadi satu daripada acara yang mampu menarik kumpulan penggemar sukan ekstrim itu sempena Visit Beautiful Terengganu.

"Kita melihat powerboat ini mempunyai pengikutnya yang tersendiri dan mampu untuk menjana industri pelancongan di Terengganu.

"Ini adalah permulaan awal untuk Terengganu, insyaAllah saya akan berusaha mengembangkan acara perlumbaan bot ini menjadi satu komponen tarikan dalam mempromosikan Visit Beautiful Terengganu dalam menarik segmen-segmen pelancongan daripada kumpulan berlainan," katanya.

No comments: