Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

1,300 Mahasiswa Dijangka Memeriahkan Karnival Sukan Permata 2017

Bersempena Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, Sekretariat Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (Permata) akan mengadakan Karnival Sukan Permata 2017 bertempat di Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak pada 26 Ogos ini.
Penyertaan tersebut melibatkan 1,300 mahasiswa yang mewakili Permata di Institut Pengajian Tinggi di seluruh negeri.
Karnival itu akan dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia Dan Sukan Dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat.
Yang Dipertua Permata Kebangsaan, Kamaruzaman Jusoh berkata, pada kali ini, Permata mengadakan sukan berkonsepkan karnival.
“Antara enam sukan utama dipertandingkan ialah Bola Sepak 9 Sebelah, Bola Jaring, Bola Tampar, Penalti Bola Jaring, Boling Padang dan Futsal 3 on 3. Malah, kami juga akan adakan beberapa sukan sampingan yang terbuka kepada orang ramai iaitu Kayak, E-games PES2017, Dart Challenge dan sebagainya.
“Permata berharap agar karnival yang akan dijalankan nanti sama seperti kejohanan sukan berprestij seperti Majlis Sukan Malaysia (Masum) atau Sukan IPT (SukIPT)”, katanya.
Terdapat juga pameran agensi kerajaan dan pelbagai jualan food-truck pada hari karnival tersebut. Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan majlis.

No comments: