Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

1,100 Jemaah Program Haji YAB PM Selamat Tiba Di Mekah



Seramai 1,100 jemaah Program Khas Haji Perdana Menteri selamat tiba di Mekah  bagi mengerjakan ibadat haji menerusi empat penerbangan.

Ramai jemaah haji yang menyertai program ini melahirkan rasa syukur dan  bertuahkerana terpilih menjadi tetamu Allah S.W.T serta dapat menjejaki kaki ke Tanah Suci Mekah .

Ezaruddin
Menurut ketua urusetianya, Ezaruddin Abd Rahman, program khas haji yang ditaja Yayasan 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) menghantar seramai 1,100 melibatkan imam, ketua kampung dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dari seluruh Malaysia.

Katanya, program itu berjaya membuktikan komitmen Perdana Menteri dalam memperkasakan syiar Islam di Malaysia.

"Di samping itu ia juga keprihatinan PM membantu rakyat Malaysia bagi merealisasikan hasrat yang murni dan impian dalam hidup mereka untuk menunaikan haji.Semua jemaah berterima kasih kepada Perdana Menteri dan kerajaan dengan hadiah istimewa itu,"katanya.

Ezaruddin berkata , rata-rata jemaah haji turut berharap program ini akan dapat diteruskan pada musim-musim haji akan datang.

Selain itu, kemudahan penginapan di Maktab juga amat selesa dan kecekapan kakitangan Tabung Haji menguruskan jemaah haji juga amat dipuji dan perkhidmatan mereka antara yang terbaik di dunia.

RUSLAN ABDUL RAHMAN MELAPORKAN DARI MEKAH

No comments: