Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

10,000 Penduduk Kemaman Meriahkan Sambutan Ambang Merdeka



Kira-kira 10,000 penduduk Kemaman turut sama menzahirkan rasa cinta terhadap negara apabila memeriahkan Program Ambang Kemerdekaan Ke-60 Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Chukai di Padang Astaka, Kemaman, malam tadi.

Pengurusi Komuniti 1 Malaysia Mukim Cukai, Syed Shaharzi Syed Alwi berkata, program ini gandingan bersama Persatuan Usahawan Program Negeri Terengganu (PUPNT) dan Gabungan Kelab Kereta Kemaman (GKKK).

"Majlis sambutan Bulan Kemerdekaan ini dimulakan dengan acara pertunjukan pelbagai jenis kenderaan yang dihiasi dengan Jalur Gemilang.

"Kira-kira 100 buah kenderaan dan 60 gerai jualan makanan yang membabitkan bagi menzahirkan rasa cintakan pada tanah air," katanya.


Turut hadir, Pegawai Khas Ahli Parlimen Kemaman merangkap Ketua Wanita UMNO Kemaman, Dato' Rohani Abdullah dan Timbalan Pengerusi Komuniti 1Malaysia Mukim Cukai, Rosmiza Mokhtar untuk menyempurnakan program serta menyampaikan hadiah kepada pemenang kereta berhias.

Shaharzi berkata, pelbagai aktiviti yang menarik termasuk pertunjukan kereta dan motor berhias dengan Jalur Gemilang, selain persembahan tarian, nyanyian lagu negaraku patriotik dan Jalur Gemilang.

Katanya, objektif program adalah untuk menzahirkan rasa kasih dan cinta terhadap negara serta menunjukkan solidariti mereka dalam menyambut hari kemerdekaan negara.


"Kerjasama ditunjukkan oleh warga Kemaman dan agensi-agensi serta komuniti melambangkan  semangat bersatu padu bagi memeriahkan sambutan itu," katanya.

Sementara itu, Rohani  berbangga dengan semangat kerjasama yang ditunjukkan oleh warga Kemaman bagi menjayakan sambutan itu.

"Saya amat berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program yang sangat meriah kali ini di daerah Kemaman," katanya.

Bagi sesi penutup program tersebut turut disusuli denan tembaan bunga api selama 20 minit sebaik detik 12 tengahmalam.

No comments: