Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

1,000 Helai Baju -T Sukan SEA Diberi Percuma



Tun Ahmad Faisal (kiri) menunjukkan baju yang diagihkan JPNT secara percuma kepada orang ramai sejak semalam. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.


Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (JPNT) mengedarkan 1,000 helai baju-T secara percuma kepada orang ramai sempena menyemarakkan temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 yang sedang berlangsung.

Pengarahnya, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak berkata, pengagihan baju tersebut bukan sahaja mampu mempromosikan Sukan SEA, malah mempromosikan Terengganu yang juga satu daripada lokasi penganjuran sukan itu bagi acara ekuestrian serta destinasi pelancongan untuk komuniti di Asia Tenggara.

Katanya, sebahagian daripada baju-baju tersebut sudah mula diagihkan bermula semalam di kawasan-kawasan tumpuan orang awam.

“Kita ada mengedarkan baju promosi Sukan SEA pada pengunjung-pengunjung di UTC, Pasar Besar Kedai Payang dan di Kampung Cina.

“Tujuannya ialah bagi sama-sama mempromosikan Sukan SEA Kuala Lumpur selain sektor pelancongan Negeri Terengganu sendiri,” katanya kepada pemberita.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Pancuran Air Bermuzik Sempena Festival Peranakan Terengganu 2017 di Kampung Cina, Kuala Terengganu, malam tadi.

Turut hadir Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Terengganu (TCCCI), Dato’ Low Wan Cheong.

Tambah Tun Ahmad Faisal,selain dari pengedaran baju secara percuma itu, JPNT turut mengadakan Karnival My Setiu untuk mempromosikan daerah tersebut.

“Bermula 16 Ogos akan dijalankan Karnival Setiu bagi mengetengahkan produk-produk di daerah ini dan satu daripadanya Taman Bencah Setiu yang unik dimana satu-satunya kawasan di Malaysia yang mempunyai lapan komponen ekologi.

“Setiu juga mempunyai pantai menarik seperti Pantai Penarik dan Pantai Rhu 10. Jadi kita cuba ambil peluang untuk memasarkan Terengganu dan daerah Setiu kepada atlet, pegawai serta peminat dan pengunjung Sukan SEA,” katanya.

No comments: