Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Warga Felda Di Terengganu Syukur Dengan Enam Insentif Bela Kebajikan Peneroka


Warga peneroka dan generasi kedua Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) melahirkan rasa teruja kepada Perdana Menteri ,Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang memberikan enam insentif khas secara serentak baru-baru ini.

Tinjauan Teganukita mendapati rata-rata peneroka dan warga Felda termasuk generasi kedua mengucapkan rasa syukur dan berterima kasih kerana nasib peneroka sentiasa mendapat pembelaan daripada kerajaan.

Yaakob Musa

Ketua Peneroka Felda Bukit Bading, Yaakob Musa,67, berkata pengumuman itu merupakan satu berita gembira yang akan meringankan bebanan termasuk insentif pelupusan hutang yang mampu memberi kelegaan kepada peneroka.

"Sepanjang saya jadi peneroka, rasanya ini adalah kali pertama dapat enam insentif sekaligus. Bila dengar Perdana Menteri umum pada hari tu, saya rasa macam bermimpi...saya hanya mampu menadah tangan mengucapkan rasa syukur sebab dapat pemimpin yang cukup prihatin dengan peneroka Felda ni.

"Sebab itu sokongan kami tetap bersama Perdana Menteri dan kerajaan yang sentiasa mengambil berat dan cakna tentang suara hati, permasalahan dan kebajikan kami,"katanya ketika dihubungi Teganukita.

Yaakob berkata, selepas pengumuman itu dibuat, terdapat sebahagian kecil peneroka yang ingin kembali menjual hasil ke Felda Global Venture Holding Berhad (FGV)dengan hadir sendiri ke pejabat untuk menandatangani borang yang disediakan.

Mohd Khairil Sabri

Suara yang sama turut disampaikan oleh anak generasi kedua,Naib Pengerusi 1Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) Wilayah Terengganu Mohd Khairil Sabri, yang melihat pengumuman itu  ibarat bonus yang tidak terjangka, selain dari dana hari raya, pemberian insentif ini dilihat dapat melegakan para peneroka.

"Saya melihat kelulusan membina rumah kedua dalam satu tapak amat melegakan warga generasi baru Felda yang sememangnya mahu membina rumah di atas tanah yang sedia ada dan membantu meringankan kos untuk kami membina rumah.

"Ini termasuklah pelupusan lebihan hutang yang melebihi kos operasi akan melegakan peneroka yang selama ini terbeban dengan hutang yang tidak jelas ini. Dengan penetapan baki RM40,000 ini, Felda dilihat lebih telus dalam menyelenggara hutang peneroka secara sistematik,"katanya.

Beliau juga menyambut baik peluang untuk peneroka yang tidak bersama Felda apabila kerajaan memberi ruang dalam tempoh enam bulan untuk mereka menghantar hasil kepada FGV kembali.

"Peluang ini tidak harus dipersiakan namun dalam masa yang sama Felda harus membuktikan kesungguhan dan komitmen untuk menjaga kebun peneroka yang  menyerah hasil  kepada Felda dengan baik, teratur dan rapi,"ujarnya lagi.

Zurina Abdul Rahman

Sementara itu bagi seorang peguam,  Zurina Abdul Rahman,41,  merupakan anak jati Felda Bukit Bading melihat pemberian insentif sebagai tanda kerajaan  pimpinan Najib sentiasa mengambil berat serta berusaha memakmurkan negara serta rakyat.

"Para peneroka sepatutnya berterima kasih di atas insentif itu dan tidak seharusnya menggunakannya untuk tujuan lain yang boleh merugikan mereka sendiri.

"Bagi saya kerajaan serius dalam membantu masyarakat peneroka dan tiada sebab untuk menggagalkan segala usaha tersebut,"kata beliau.

Pada sambutan Hari Peneroka Peringkat Kebangsaan 2017 di Dataran Putrajaya baru-baru ini, Najib  mengumumkan enam insentif bagi warga Felda antaranya dalam bentuk pelupusan hutang, bayaran insentif, kewujudan dana khas, geran khas dan juga insentif perumahan.

No comments: