Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Wajar Wajib Suntikan Vaksin - Ahmad Razif



Kerajaan negeri menyambut baik kajian kanak-kanak wajib mendapatkan vaksin penuh sebelum didaftarkan ke Tadika.

Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata suntikan vaksin wajar dilakukan bagi melindungi anak-anak ketika berada di tadika memandangkan mereka boleh dijangkiti penyakit dengan mudah sekiranya ketahanan imunisasi badan lemah.

Katanya, sebelum melaksananya kerajaan perlu meneliti dan memberi penjelasan kepada ibu bapa terlebih dahulu supaya mereka faham kebaikan vaksin.

" Kita akan melihat kewajarannya terlebih dahulu tetapi sepatutnya vaksin ini memang perlu diambil oleh semua kerana  mencegah lebih baik daripada mengubati . Dengan adanya persediaan awal, kita dapat mengelakkan perkara yang boleh menyusahkan kita kelak.

"Kita juga sudah sedia maklum dan melihat daripada semua aspek termasuk keagamaan yang menyatakan suntikan vaksin ini tidak menyalahi hukum kerana ia membantu mengelakkan kita daripada penyakit yang merbahaya," katanya kepada media selepas Sambutan Hari Raya Guru di Daerah Kuala Nerus, dekat Stadium Tertutup Gong Badak, petang semalam.

Katanya, tiada sebab ibu bapa untuk berdegil untuk mengambil vaksin kerana kepercayaan mereka.

" Bagaimanapun, untuk melaksanakan perkara ini kita perlu melihat undang-undang dan enakmen yang sedia ada, jika tiada masalah kita boleh laksanakan.

" Selain itu, daripada isu perbelanjaan juga perlu dikaji bagi mengelak sebarang masalah pada masa hadapan," katanya.

No comments: