Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

UMT, UKOM Sepakat Jalinkan Kerjasama Strategik Tingkatkan Sosioekonomi Masyarakat


Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sepakat untuk meneruskan kerjasama strategik bagi menyebar luas penyelidikan dan program yang dilaksanakan institusi itu supaya memberi manfaat kepada meningkatkan sosioekonomi masyarakat.

Naib Canselor UMT, Profesor Dato’ Dr.Nor Aieni Mokhtar berkata, UMT bersedia untuk menyampaikan maklumat menerusi medium komunikasi massa dan cetak yang ada di UKOM bagi memastikan hasrat kerajaan untuk mengubah landskap kehidupan masyarakat ke arah lebih baik dan berkualiti tercapai.

"Dalam usaha membangunkan sumber manusia yang mahir dan berkualiti, UMT perlu mencari kaedah paling efisien bagi memastikan segala usaha yang dilaksanakan dapat disebarkan kepada masyarakat.

"Jadi kita boleh menggunakan bukan sahaja perspektif ilmu, malah kemahiran komunikasi dan penggunaan media massa dengan betul juga menjadi nadi utama kepada kejayaan setiap program dan perancangan institusi ini,"katanya.



Beliau berkata demikian ketika mengadakan pertemuan dengan pegawai UKOM yang diketuai Pengarahnya, Dato’ Muda Mamat.

Hadir sama, Timbalan Pengarah UKOM, Muhd Aimin Mohd Tahir, penolong Naib Canselor (Hal Ehwal Korporat dan Jaringan Industri) UMT, Profesor Dr Fauziah Abu Hasan dan Pengarah Penerbit UMT, Dato’ Profesor Madya Dr. Noraien Mansor.

Selain itu, kedua-dua pihak turut membincangkan inisiatif bagi memperkasakan sektor perniagaan industri kecil dan sedehana khususnya yang melibatkan maritim di negeri ini.



Dalam pada itu, Muda juga berkongsi sejarah awa bagi memacu pembangunan UMT yang bermula 1979 yang sebelum ini dikenali sebagai Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (Kustem), turut melibatkan perjuangan beliau ketika berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bersama kepimpinan ketika itu dengan diketuai mantan Menteri Besar, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad

No comments: