Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Terengganu Sedia Kaji Kadar Tarif Air


A Rahman bersama penerima-penerima anugerah pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang 2016/2017. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail 

Kerajaan negeri melalui Syarikat Air Terengganu (Satu) bersedia mengkaji semula kadar tarif air di Terengganu.

Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ A Rahman Yahya berkata, kajian semula kadar tarif adalah perkara biasa dan tidak hanya dilaksanakan di Terengganu.

Katanya, Terengganu pernah melakukan perkara yang sama dengan membuat semakan pada 1997, bagaimanapun ianya masih kekal dengan kadar tarif lama.

“Umum mengetahui, Terengganu adalah negeri yang paling rendah mengenakan kadar tarif air kepada pengguna domestik mahupun industri berbanding negeri lain.

“Sekiranya kadar tarif dinaikkan, perkara itu tidak akan membebankan rakyat, maksudnya golongan-golongan pengguna domestik masih lagi menikmati kadar yang lama tapi mungkin kadar ini dikenakan kepada industri.


"Kenaikan kadar tarif adalah wajar kerana kerajaan tidak mahu secara berterusan menanggung kenaikan kos penyelenggaraan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang 2016/2017 di Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT), Kuala Terengganu, hari ini.

Hadir sama, Pengarah YPKT, Mohd Shafaruddin Mustaffa.

Seramai 45  kakitangan YPKT dianugerahkan Perkhidmatan Cemerlang dan 15 bekas kakitangan menerima anugerah Jasamu Dikenang.

Terdahulu, dalam ucapan beliau, A Rahman menasihati penjawat awam agar melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan dengan amanah, mematuhi polisi dan perundangan serta tidak `mempolitikkan' urusan kerja.

Menurut beliau, sebagai jentera kerajaan mereka perlu melaksanakan tugas dengan profesional termasuk dalam menyampaikan polisi dan dasar kerajaan kepada orang awam.

“Penjawat awam harus tahu tanggungjawab sebenar. Kita bekerja di bawah kerajaan yang diperintah oleh satu parti di mana tugas kerajaan yang memerintah adalah membuat polisi yang perlu dilaksanakan dengan lancar dan amanah,”katanya.

No comments: