Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Terengganu Muncul Juara Kejohanan Sukan Dan Karnival Kebudayaan MAYC 2017

Amirullah (menjulang piala) bersama para atlet MAYC Terengganu.

Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) Terengganu muncul juara keseluruhan bagi Kejohanan Sukan Dan Karnival Kebudayaan (KSKK) di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah, baru-baru ini.
Program dua hari bermula 7 Julai lalu, melibatkan acara futsal, ping pong, sepak takraw, bola jaring dan mencari harta karun dari MAYC seluruh Malaysia.
Pengerusi MAYC Terengganu, Amirullah Othman berkata, Terengganu berjaya merampas kembali kejuaraan KSKK yang diadakan setiap dua tahun sekali bermula 2010 itu, selepas memenanginya pada edisi ketiga di Terengganu pada 2013.
Beliau yang juga Timbalan MAYC Kebangsaan, KSKK kali ini kelima ini menghimpunkan 158 atlet di kalangan belia negeri yang menampilkan semangat kesukanan dan kesatuan yang tinggi sehingga mampu memenangi kebanyakan acara yang dipertandingkan itu.
“Program dianjurkan sejak 2010 bermula di Melaka, seterusnya di Perlis, manakala pada tahun 2013 Terengganu sebagai tuan rumah dan kita muncul juara buat kali pertama.
"Bagi 2015 pula, KSKK di Selangor dan seterusnya pada tahun ini dijalankan di Sintok, Kedah sekali gus Terengganu menjadi johan buat kali kedua dan pulang dengan bergaya,"katanya.
Katanya, Terengganu mendapat johan keseluruhan selepas menjuarai tiga acara sukan iaitu ping pong lelaki, sepak takraw dan mencari harta karun.
“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman serta kerajaan negeri kerana banyak memberikan sokongan kepada MAYC dalam memacu kejayaan di kalangan belia pada hari ini.
“Tanpa pertolongan dari kerajaan negeri dan pihak-pihak lain yang menyalurkan bantuan, MAYC tidak mungkin dapat menjadi juara pada tahun ini,"katanya.
Amirullah turut mengucapkan tahniah kepada kontinjen Terengganu yang membuktikan kerjasama dan kesungguhan mampu menghasilkan sesuatu yang sangat membanggakan semua pihak, sekali gus berharap KSKK 2019 Terengganu dapat mempertahankan kejuaraan sekali lagi.

No comments: