Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Tanah- Umno tiru Pas?

TANAH: BUAT APA UMNO/BN NAK TIRU PAS?
Bahagian 1

"Rakyat dizalimi bayar beribu-ribu kepada juru ukur dan pihak tertentu; tetapi tanah tidak dapat pun"

Apa yang diumumkan oleh Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman untuk membuka permohonan lot lot tanah (peringkat awal 5 900 lot) tidak lama lagi didakwa hendak meniru Pas?.
Dakwaan Adun Bukit Payong yang juga Ketua Penerangan Pas Terengganu hendak tiru Pas amat jauh meleset.
Buat apa hendak tiru Pas yang berdusta tiap kali manifesto pilihan raya dibentangkan.

Siapa Rampas Tanah:

Tanyalah peserta RTB di Pengkalan Merbau Setiu misalnya- mereka telah terokai sekian lama tanah semasa pemerintahan BN (zaman Tan Sri Wan Mokhtar) tetapi bila Pas berkuasa operasi besar-besaran merampas balik tanah itu dan dibahagikan kepada penyokong parti yang berkuasa waktu itu (lihat gambar).
Itu baru di Pengkalan Merbau, banyak lagi di tempat lain- tanah rakyat dirampas oleh regim yang zalim itu.
Penulis berharap Ketua Penerangan Pas Terengganu menarik balik tuduhan dan fitnah ke atas BN, terutamanya setelah menjalani ibadat puasa- perlu konsisten dengan kehidupan dan pemikiran cara Islam.
Duit bayar upah ukur lesap:

Rakyat Terengganu juga tidak pernah lupa angkara Pas dalam bab tanah ini semasa berkuasa, berapa ramai rakyat Terengganu yang digula-gulakan dengan tanah, hingga terpaksa membayar wang ukur beribu-beribu- bergolok gadai- tetapi hampa dan tipu.

Penulis pernah melaporkan ada yang menangis- bila wang sudah “dibank in” kepada pihak tertentu khususnya juru ukur swasta yang dilantik oleh kerajaan ketika itu, tetapi tanah entah dimana.
Sedih pilu, ada kalangan pemohon itu yang bergolok gadai, pinjam wang dengan keluarga atau kawan-kawan untuk membayar ukur dan sebagainya- tetapi tanah yang dijanjikan tidak ada pun.

Itu antara punca pada 2004 rakyat (pengundi) menggulingkan rejim zalim waktu itu- mungkin sekarang dah insaf dan bertaubat, penulis tidak tahulah.

Jadi buat apa Umno hendak tiru Pas?


Penulis harap Adun Bukit Payong itu jangan cuba memburukkan Umno.
Sebelum menuduh dan menfintah UMNO dan mempersendakan kenyataan Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif lebih baik saudara-saudaraku yang menipu wang rakyat itu kembalikan /pulangkan wang itu kepada rakyat yang telah membayar (yang disebut upah ukur) untuk mendapatkan tanah di zaman kerajaan zalim memerintah itu.
Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar- dengar (bersambung...).

No comments: