Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Tabung Darul Iman Biayai 108 Pesakit Kronik Di Dungun



Kerajaan negeri  melalui Tabung Darul Iman(TDI) memperuntukkan hampir RM108,000 bagi membiayai  rawatan 108 pesakit kronik di Parlimen Dungun.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Roslee Daud berkata bantuan itu merupakan tanda keprihatinan kerajaan negeri kepada rakyat yang memerlukan bantuan dan sokongan.

"Melalui bantuan ini,kita nak beritahu betapa caknanya pemimpin dan kerajaan Barisan Nasional(BN)sebab ada sesetengah masyarakat melihat kerajaan tidak berbuat sesuatu untuk kepentingan rakyat.

"Dan dengan pelbagai bantuan termasuk bantuan TDI membuktikan kerajaan negeri memang cukup prihatin berkaitan keperluan dan kebajikan  rakyat,"kata Roslee kepada Teganukita pada Majlis Penyerahan Bantuan TDI Peringkat Parlimen di hadapan Pejabat Dewan Undangan Negeri Bukit Besi, hari ini.

Jelasnya lagi,sebagai pemimpin beliau mengharap rakyat akan menilai betapa tingginya kesungguhan kerajaan BN khasnya kerajaan negeri dalam usaha membantu rakyat melalui usaha-usaha yang telah dilakukan.

Che Jah Mohd Nor


Sementara itu,Che Jah Mohd Nor,64,yang mengidap penyakit buah pinggang kronik sejak 18 tahun lalu merasa syukur apabila menerima bantuan TDI sebanyak RM1,500 untuk meringankan beban kos rawatannya.

Beliau yang tinggal di Ketengah Jaya ,hidup dengan bergantung sepenuhnya kepada suami,Abdul Rahman Rejab,54, yang bekerja sebagai buruh dan memperoleh pendapatan tidak tetap.

Malah katanya, dia tidak mampu menampung kos rawatan dialisis yang mencecah RM200 setiap minggu.

“Tiga kali seminggu mak cik perlu cuci buah pinggang di RTC Durian Mas.Kos agak tinggi bagi mak cik yang tidak bekerja,ini memang jadi masalah walaupun kos agak berkurang berbanding semasa mendapat rawatan di Kemaman.

“Jika buah pinggang tidak dicuci,mak cik akan mudah pengsan dan tidak bermaya tambahan dengan faktor usia mak cik ni,”ujar Che Jah.

Jelasnya dengan bantuan yang diterima daripada TDI  buat kali ketiga telah membantu meringankan bebannya dalam urusan perubatan.

"Saya nak ucapkan terima kasih dan merasa syukur terhadap keprihatinan wakil rakyat dan kerajaan negeri yang sentiasa cakna tentang permasalahan kami.


"Memang rasa terharu sangat bila dapat bantuan ni sebab mak cik dah tak dapat bantuan lain untuk teruskan rawatan buah pinggang ni dan kalau boleh mak cik harap sangat dapat bantuan lain daripada pihak tertentu dalam meneruskan kehidupan mak cik,"katanya.

No comments: