Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Sultan Mizan Berkenan Berangkat Ke Majlis Sambutan Aidilfitri Pejabat KDYMM Sultan Terengganu

Sultan Mizan berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Pejabat KDYMM Sultan Terengganu di Istana Syarqiyyah, Chendering Kuala Terengganu, hari ini. Foto Oleh: Tg Syamim Tg Ismail

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Istana Syarqiyyah, Chendering, Kuala Terengganu, hari ini.

Turut berangkat, Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dan anakanda baginda Tengku Nadhirah Zahrah, Tengku Muhammad Mua’az dan Tengku Fatimatuz Zahra.

Keberangkatan baginda ke majlis anjuran Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Sultan Terengganu itu disambut Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dan isteri To’ Puan Seri Halina Zakaria, Ahli Dewan Pangkuan Diraja dan beberapa Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. 

Sejurus ketibaan baginda kira-kira jam 11.30 pagi, majlis diteruskan dengan jamuan makan sambil dihiburkan oleh persembahan artis tempatan.


Majlis dimeriahkan dengan kehadiran ramai tetamu termasuk di kalangan penduduk tempatan yang terdiri dari pelbagai latar belakang dan usia.

Pelbagai menu disediakan kepada tetamu termasuk nasi minyak, nasi dagang, sate, lemang, tapai dan kuih muih.

No comments: