Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Subky Menghina Tetamu Allah Program Khas Perdana Menteri

  Tuduhan wartawan dan veteran Pas, Subky Latif yang menyamakan mereka yang dapat biayaan mengerjakan ibadat haji di bawah program khas Perdana Menteri sebagai Haji Robin Hood amatlah keterlaluan- sila lihat tulisan beliau dalam Harakahdaily 3/7/2017
Bahkan beliau mempertikaikan mabrur atau tidaknya mereka yang menunaikan haji melalui program ini dengan menulis (petikan):

“Jika orang naik haji dengan duit loteri dipercayai sah haji, tetapi yang terpilih ke Mekah itu tidak ada curang dengan tadbir 1MDB, kerana yang berangkara ia 1MDB sendiri. Mungkin tidak timbul sah atau tidaknya.
Dengan duit apa orang bertuah itu naik haji usah ditanya. Cuma ia dapat haji mabrur atau tidak mungkin berbangkit. Jika yang naik haji secara sah pun belum tentu dapat mabrur, yang punca membiayai mereka yang ditakwil itu mungkin baliknya dengan Haji 1MDB saja.
Moga-moga mereka dapat haji mabrur, tetapi yang nyata bagi orang bertuah itu ialah Haji 1MDB”.

Tulis Subky lagi:

"Dalam tahun 70-an ada seorang perompak di Kuala Lumpur bernama Botak Chin. Hasil rompakannya dicurahkanya kepada kaum gelandangan. Sekalipun dia membuat kebajikan besar tetapi dia tetap diburu kerana jenayahnya. Robin Hood Malaysia itu akhirnya dibunuh.
       
Robin Hood terkenal penyamun yang menggunakan hasil  rompakannaya bagi membela golongan yang tidak  berada, tetapi undang-undang tidak dapat memihak kepadanya.
       
Sekalipun berjuta dan berbilion diperuntukan 1MDB untuk ribuan haji, tetapi ia tidak dapat menutup angkara lesapnya duit yang diambil daripada kerajaan itu.
       
Nawaitu 1MDB itu justeru apa? 
       
Lillahkah atau bagi menghalalkan rompakannya?
       
Yang berkebajikan dan berpahala ialah yang dibuat kerana Allah. Sebarang yang kerana Allah itu mestilah sumbernya bersih. Jika berniat seperti Robin Hood tidak dapat diterima bersih nawaitunya, apa lagilah kalau rompakan bernawaitu seperti Ali  Baba dengan 40 penyamun".
       

Adakah Presiden Pas Dato’ Seri Abdul Hadi Awang merestui tulisan berunsur memburuk, menfitnah dan menghasut seperti ini?

Apakah perasaan bakal tetamu Allah ini bila dihina sedemikian rupa?

Tidak cukup dengan itu, disamakan pula bakal tetamu Allah ini berasaskan biayaan itu bagaikan penjenayah Botak Chin.

Kita lihat apa pandangan ulamak sebab bagi saya Subky sama sahaja dengan saya, wartawan lama- cuma dia lebih lama lagi yang sepatutnya lebih matang dan berwibawa dalam penulisan.
Hanya Allah saja yang layak menentukan sama ada ibadah haji seseorang itu mabrur atau tidak, kata mufti Pahang.

Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman berkata mabrur hanyalah ibadah yang dilaksanakan sewaktu berada di Mekah :
“Orang yang menerima mabrur ini adalah daripada Allah, apabila kita lakukan ibadah haji dengan sempurna, ikhlas, khusyuk dan seluruhnya. 

“Mabrur ini kita nak tahu apabila selepas menunaikan haji, akan berlaku perubahan daripada segi ibadah dan keperibadian dia. Dia akan jadi orang yang lebih baik, meningkat amal soleh dan itu yang dikatakan mabrur,” katanya.

“Haji adalah rukun kepada mereka yang mampu, mampu ini sesiapa saja yang bantu menyebabkan dia mampu untuk pergi menunaikan haji. Tidak salah untuk menerima wang daripada sesiapa untuk dia mengerjakan haji,” katanya.

Penulis sebagai wartawan yang akan dibawa sebagai tetamu Allah melalui program ini, cukup dukacita di atas tulisan Subky.

Dulu semasa kerajaan negeri Terengganu di bawah Pas, Subky diserapkan sebagai pegawai (penasihat media) yang menerima pendapatan dari hasil rakyat negeri; jadi saya berharap pendapatan yang dibelanjakan sebelum ini menjadi baik untuk tubuh badan dan pemikirannya, bukan sebaliknya- agar saya dan rakyat Terengganu menghalalkannya.

Semoga Allah memberi hidayat dan pertunjuk kepada beliau untuk memohon maaf kepada kami dan bertaubat kepada Allah.

No comments: