Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

SATU Berjaya Atasi Masalah Air Pada Musim Aidilfitri


Masalah gangguan bekalan air yang sering membelenggu penduduk Terengganu setiap kali tibanya perayaan Aidilfitri berjaya diatasi pada tahun ini tanpa sebarang aduan gangguan yang serius.

Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Terengganu (SATU), Ir. Atemin Sulong berkata, bekalan air terutama melibatkan kawasan Marang, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus sebelum ini sering terganggu disebabkan berlakunya peningkatan secara mendadak jumlah pengguna.

Katanya, walaupun ada sedikit gangguan tetapi itu hanya kes terpencil dan berjaya diatasi dengan cepat.

“Mengambil pengalaman lepas, kita bersedia lebih awal kira-kira dua minggu sebelum menjelang Aidilfitri dengan menyelesaikan punca yang menjadi penyebab kepada gangguan bekalan.

“Langkah itu termasuk menambah loji di Pulau Bahagia, Manir yang sebelum ini sering menjadi punca utama masalah bekalan air yang terjejas,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Menteri Besar Terengganu Bersama Jabatan dan GLC 2017 di Dataran Permata, Seberang Takir, Kuala Nerus.

Atemin memberitahu, loji baru di Kuala Terengganu dijangka siap sepenuhnya pada 2019 dan pihaknya yakin dengan kemudahan baharu itu dapat menyelesaikan masalah di musim perayaan dan hari-hari biasa.

Pada program itu, SATU dinobatkan sebagai pemenang kategori Gerai Tercantik dengan membawa pulang wang tunai RM1,000.

“Kemenangan itu adalah berkat semua kakitangan yang bersemangat  melaksanakan setiap tugas yang dipertanggungjawab, selain mengamalkan kerja berpasukan.

“Kali ini kita menyediakan sepuluh menu untuk pengunjung antaranya rojok kateh, keropok keping, keropok lekor dan pelbagai minuman,” katanya




No comments: