Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Sambutan Raya Wisma Darul Iman Penuh Warna-Warni

Halina menyampaikan hadiah kemenangan kepada Penolong Pegawai Tadbir, Zulmiksyar, mewakili Kelab Permata selepas  diumumkan pemenang pertandingan gerai terbaik sempena Sambutan hari Raya Wisma Darul Iman, hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail. 


Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Wisma Darul Iman hari ini, penuh warna-warni dan diceriakan dengan kehadiran Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman bersama isteri To’ Puan Seri Halina Zakaria.

Beliau dan isteri turut menyampaikan duit raya kepada 80 pelajar sekolah rendah di sekitar Kuala Terengganu yang terdiri daripada anak yatim serta kurang berkemampuan sebelum menikmati juadah pelbagai menu yang disediakan semua kelab di WDI.

Seorang pelajar, Ainur Zahirah Saiful Mazram, 12, dari Sekolah Rendah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1, mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana memberi duit raya kepada pelajar sekolah sepertinya.


Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Dato' Wan Nawawi Wan Ismail berkata, sambutan itu sudah menjadi acara tahunan bagi meraikan kakitangan serta semua rakan strategik dan pelanggan Pejabat SUK.

Katanya, konsep Hari Raya pada tahun ini juga sepertimana tahun sebelumnya iaitu menyediakan juadah mengikut gerai dan turut diadakan pertandingan gerai terbaik.

“Setiap kelab di WDI bertanding untuk menyediakan pelbagai juadah bagi meraikan tetamu pada hari ini, termasuklah hiasan gerai dan juadah makanan yang dihidangkan kepada para tetamu.

"Beraneka juadah telah disediakan antaranya sate, lemang, ketupat, mee soto, mee kari, nasi dagang, nasi minyak, cendol, buah-buahan, kuih tradisional dan sebagainya yang diajikan dengan penuh kreatif dan menarik,"katanya.

Kelab Permata yang menyajikan hidangan sate beserta nasi impit menggunakan konsep `food truck' Visit Beautiful Terengganu 2017 muncul johan bagi pertandingan itu.

Dalam pada itu, suasana diserikan dengan persembahan sketsa serta alunan lagu-lagu hari raya yang disampaikan oleh artis kebudayaan negeri Terengganu.

Para jemputan terdiri daripada ahli kelab WDI, kakitangan jabatan-jabatan lain dan orang ramai sekitar Kuala Terengganu membanjiri majlis seawal jam 10 pagi hingga 3.00 petang.

Sementara itu, Kelab Permata diumumkan sebagai johan gerai terbaik.

No comments: