Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Sambutan Aidilfitri Permata Bersama MB 15 Julai Ini


Mahasiswa anak Terengganu (Permata) dijemput untuk menyertai Sambutan Aidilfitri PERMATA bersama MB (Menteri Besar) Terengganu di kediaman Seri Iman Kuala Terengganu pada 15 Julai (Sabtu) jam 8 malam.
Yang Dipertua Permata, Kamaruzaman Jusoh berharap mahasiswa dapat menyertai majlis ini serta bersama-sama memeriahkan suasana untuk berkumpul dan merapatkan tali persaudaraan sesama mereka.
Katanya, Permata menjangkakan majlis itu akan dihadiri 1,200 mahasiswa dan tetamu jemputan.
“Kami amat berharap agar mahasiswa dapat memeriahkan majlis sambutan yang julung kali diadakan ini sebagai tanda terima kasih kepada pihak kerajaan kerana menyediakan pelbagai kemudahan termasuk menaja bas percuma setiap tahun kepada Mahasiswa Permata bagi meraikan sambutan aidilfitri bersama keluarga di kampung,” katanya.
Program ini merupakan majlis pertama kali diadakan bagi meraikan mahasiswa yang masih dalam 'mood' beraya di kampung.
Oleh yang demikian, kepada mahasiswa yang berminat boleh mendaftarkan butiran diri kepada wakil Permata universiti masing-masing sebelum 8 Julai ini.

No comments: