Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Rakyat Sokong Tawaran Lot Kediaman



Penduduk Terengganu  mengalu-alukan langkah kerajaan negeri mengagihkan lot tanah kediaman kepada rakyat  dengan mengiklankannya mulai bulan depan.

Langkah yang bertujuan membantu rakyat memiliki aset, selain meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat terutama yang kurang berkemampuan sewajarnya dipuji.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Terengganu, Mohd Johari Abu Bakar, berkata beliau menyambut baik langkah itu yang bakal turut memberi peluang khususnya kepada golongan muda yang tiada tapak untuk membina kediaman sendiri.

“Saya mencadangkan supaya 30 peratus daripada kuota tersebut diberikan kepada golongan muda yang telah berkeluarga serta tidak mempunyai rumah dan tanah.

“Ia sekali gus dapat membantu golongan ini merelisasikan impian untuk membangunkan rumah sendiri tanpa terbeban dengan kos yang tinggi dan kesukaran mencari tapak,”katanya.

Penjawat Awam, Razif Ali berkata dia berharap pihak berkaitan membuat tapisan ketat berkaitan  pemberian tanah itu.

“Tawarkan  kepada mereka yang benar-benar berhak mengikut syarat yang ditetapkan bagi memastikan matlamat sebenar tercapai,”katanya.

Penduduk dari Padang Hiliran, Kuala Terengganu Puad Daud berkata,  dia percaya apa yang dilakukan Kerajaan Terengganu mendapat sokongan pelbagai pihak terutama penduduk yang berpendapatan rendah.

“Cukup sukar untuk memiliki tanah sendiri apatah lagi pada zaman sekarang, nilai tanah cukup tinggi,”katanya.

Dalam laporan Teganukita.net sebelum ini, Kerajaan negeri mengenal pasti kira-kira 5,900 lot tanah di seluruh Terengganu untuk ditawarkan kepada rakyat bagi membina rumah sebagai usaha menangani masalah perumahan.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pengiklanan tanah-tanah kosong kediaman kepada rakyat negeri ini yang berkelayakan dan tidak memiliki tanah sebelum ini, akan dibuat selewat-lewatnya Ogos ini.

“Kita sudah mengenal pasti 5,900 lot tanah di seluruh negeri yang akan diiklankan dalam masa terdekat untuk dipohon oleh mereka yang layak.

“Awal bulan depan kita akan iklankan di seluruh pejabat tanah dan pusat khidmat DUN serta melalui media,” ujarnya.


No comments: