Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

PRU14 Jadi Keutamaan- Mas Ermieyati



Ahli Pergerakan Puteri UMNO diingatkan supaya jangan berfikir mengenai pemilihan parti sebaliknya harus mengutamakan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) terlebih dahulu.

Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, pemilihan parti hanya berlaku selepas PRU14 dan tidak bermakna jika menang pemilihan tetapi kalah dalam pilihan raya.

"Tidak ada maknanya kalau menang pemilihan parti sekiranya kita kalah dalam PRU14 dan hilang  kuasa...memang tidak bermakna.

"Sebab itu saya beri ingatan bahawa sesiapa pun termasuk ahli puteri yang bermimpi mengenai jawatan dalam parti...teringin tidak mengapa tetapi jangan dahulukan kepentingan mengejar jawatan sebagai keutamaan,"katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Hulu Terengganu 2017 di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu hari ini.

Seramai 600 perwakilan dan permerhati Puteri UMNO daripada 110 cawangan bahagian Hulu Terengganu hadir di majlis tersebut.

Turut hadir Ahli Parlimen  Hulu Terengganu, Dato'Jailani Johari; Naib Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Yusof Awang Hitam; Ketua Penerangan UMNO Bahagian, Ghazali Taib dan Ketua Wanita UMNO Bahagian, Datuk Fatimah Hamat.

Mengulas mengenai calon-calon PRU14, Mas Ermieyati berkata sesiapa pun yang terpilih sama ada orang baru atau lama, berpendidikan atau tidak dan mempunyai pengalaman harus diserahkan kepada Presiden Parti dan pucuk pimpinan untuk menentukannya.

"Presiden UMNO dah beritahu bahawa ada kaedah metodologi untuk buat pemilihan calon jadi bukan tugas kita untuk mempersoalkan siapa calon dan jangan ada cah keting dalam hal ini,"ujarnya lagi.

Beliau juga berkata, walaupun Puteri UMNO mempunyai formula tertentu dalam gerak kerja pilihan raya tetapi yang paling penting dan utama adalah perpaduan dan perpaduan dalam parti.

"Sebab sejarah dah buktikan bagaimana hebatnya calon dan manifesto tetapi apabila di dalam parti itu berantakan maka tidak akan boleh menang dalam pilihan raya nanti.

"Saya harap bila berbicara tentang pilihan raya, kita perlu selesaikan masalah dalaman terlebih dahulu bagi memastikan kemenangan besar kepada Barisan Nasional(BN) termasuk kawasan Dewan Undangan Negeri(DUN) yang kalah dapat dirampas kembali,"kata Mas Ermieyati.

No comments: