Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Projek Kuda Laut, Belangkas Bakal Jana Pendapatan Penduduk Pantai Setiu



Kira-kira 300 penduduk yang tinggal berhampiran pantai di Setiu bakal memperolehi pendapatan agak lumayan apabila Projek Penyelidikan Translasional Universiti malaysia Terengganu (UMT) melibatkan pemeliharaan kuda laut dan projek lestari belangkas mendatangkan hasil tidak lama lagi.
Projek perintis melibatkan 20 peserta yang mendapat peruntukan daripada Kementerian Pendidikan Tinggi berjumlah RM6.7 juta termasuk perbelanjaan penyeliaan Hulu Sungai ke muara kawasan terbabit .
Menterinya, Dato' Seri Idris Jusoh berkata, projek di bawah pemantauan UMT bakal meningkatkan sosio ekonomi penduduk di kawasan itu.
"Terima kasih kepada UMT kerana berjaya mempastikan projek ini bukan hanya satu penyelidikan tetapi ianya boleh memberi manfaat kepada penduduk Setiu.
"Ianya juga akan menyelamatkan alam sekitar di kawasan ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program itu di Kampung Gong Batu, Setiu, hari ini.

Turut hadir, Naib Canselor UMT, Prof Dato' Nor Aeni Mokhtar dan Pegawai Daerah Setiu, Rosdi Awang.



Idris berkata, projek itu dinamakan Penyelidikan Translational kerana ia menterjemah penyelidikan  untuk kebaikan rakyat dengan pemeliharaan kuda laut bakal memberi hasil dalam tempoh tiga bulan manakala belangkas pula dalam tempoh setahun.

Idris berkata, darah belangkas boleh dijual untuk tujuan perubatan manakala kuda laut pula dijual untuk hiasan.
"Institusi harus memainkan peranan untuk membantu rakyat dan InsyaAllah, projek ini akan memberi manfaat kepada masyarakat setempat dan saya mohon kerajaan negeri atau pejabat daerah melebarkan lagi kawasan ini agar lebih banyak benih-benih kuda laut dan belangkas ini akan terpelihara," katanya.
"Untuk belangkas peserta mampu menperolehi pendapatan sekitar RM4,000 sebulan manakala untuk belangkas bergantung kepada tangkapan," katanya.

No comments: