Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Penjawat Awam Agen Transformasi Kerajaan - MB

  
Ahmad Razif membetulkan tali leher seorang pelajar sebelum mengagihkan duit raya kepadanya dan sekumpulan pejar lain di majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri Wisma Darul Iman,  hari ini. Foto oleh Zulkipli CW Putra

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman menyeru penjawat awam di negeri ini supaya meneruskan usaha tanpa henti bagi memastikan proses transformasi kerajaan berjalan lancar dalam menjadikan Terengganu  sebagai negeri maju serta berpendapatan tinggi.

Katanya, ini kerana golongan penjawat awam merupakan agen transformasi paling hadapan antara rakyat dan kerajaan selain sebagai tulang belakang pentadbiran kerajaan.


“Pastinya cabaran penjawat awam adalah amat besar dan sentiasa menjadi perhatian dan pengukuran di kalangan rakyat dalam menentukan semua dasar kerajaan dapat dilaksanakan sebaik yang mungkin,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sambutan Aidilfitri 2017, anjuran Kelab Wisma Darul Iman (KWDI), Kuala Terengganu, hari ini.

Hadir sama, isterinya, To’ Puan Seri Halina Zakaria, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail dan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Pada majlis anjuran KWDI itu, seramai 80 pelajar dari keluarga miskin termasuk anak yatim melibatkan Sekolah Kebangsaan (SK) Tengku Ampuan Mariam, SK Tengku Bariah, SK Sultan Sulaiman I, SK Paya Bunga turut diraikan dan menerima duit raya.

Ahmad Razif turut memberitahu berkata, kakitangan awam perlu bersikap jujur dan tidak mengkhianati dasar dan prinsip dalam bidang tugas masing-masing yang boleh mendatangkan impak negatif serta mencemarkan imej jabatan.

“Pada masa sama  perlu  berusaha memenuhi aspirasi kerajaan bagi memastikan peranan mereka sebagai jentera menerajui barisan hadapan dalam memberi perkhidmatan yang baik dan cemerlang kepada rakyat sentiasa dipandang tinggi,”katanya.

No comments: