Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Pengusaha Houseboat Tasik Kenyir Perlu Pastikan Penumpang Pakai Jaket Keselamatan



Tindakan tegas akan dikenakan kepada mana-mana pengusaha rumah bot (houseboat) dan bot laju Tasik Kenyir yang gagal mematuhi peraturan  ditetapkan terutama dalam aspek pemakaian jaket keselamatan.

Mereka perlu sentiasa mengutamakan pemakaian jaket keselamatan kepada penumpang bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Azmi Razik berkata, itu merupakan simbolik dan elemen penting kepada usaha kerajaan negeri dalam menarik pelancong ke Tasik Kenyir sempena Visit Beautiful Terengganu (VBT)2017.

Jelasnya lagi, ini merupakan cetusan idea Menteri Besar untuk memastikan keselamatan pelancong ke Tasik Kenyir lebih terjamin .

"Kita ada unit di bawah pelancongan di Tasik Kenyir dalam memantau dan membuat penguatkuasaan terhadap keselamatan bot termasuk pemakaian jaket keselamatan ini.

"Justeru itu,saya harap pengusaha-pengusaha bot ini tidak memandang ringan tentang jaket keselamatan ini.Jangan sekadar simpan jaket ini di dalam bot tetapi mesti cakna tentang kedudukannya apabila berlaku kecemasan," katanya kepada pemberita di Majlis Penyerahan Jaket Keselamatan kepada 87 pengusaha house bot dan bot laju di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu, hari ini.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri,Dato' Rozi Mamat.

Azmi turut berkata, pihaknya dan pihak berkuasa tempatan mengetatkan syarat kepada bot-bot yang beroperasi dan pengusaha yang tidak mematuhi syarat dan peraturan ditetapkan perlu dikenakan tindakan melalui permohonan perlesenan.

"Saya juga minta Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) untuk memantau dan mengenakan tindakan tegas terhadap pengusaha dan pengendali bot yang masih ingkar terhadap aspek keselamatan.

Sementara itu Rozi berkata, kerajaan negeri amat menitikberatkan isu keselamatan dan kebersihan di Tasik Kenyir.

"Kita pastikan soal keselamatan pengunjung ini tidak boleh dipandang ringan dan mana- mana pengusaha bot yang tidak menepati syarat yang kita mahu mengenai aspek keselamatan sama ada di darat atau dalam tasik, mereka akan dikenakan tindakan termasuk lesen mereka ditarik balik.

"Dengan kaedah ini, mereka harus mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh pejabat daerah sekiranya ingin memastikan perusahaan bot mereka berjalan lancar,"katanya.

Menurut Rozi lagi, ini menjadi satu daripada komitmen kerajaan negeri bagi memastikan Tasik Kenyir selamat dikunjungi terutamanya ianya akan diisytiharkan sebagai Pulau Bebas Cukai menjelang Ogos ini.

Untuk rekod,Kerajaan negeri membelanjakan sebanyak RM225,000 bagi membekalkan 1,500 jaket keselamatan dengan logo Tahun Melawat Terengganu(TMT)2017 kepada pengusaha bot tempatan yang aktif di Tasik Kenyir.

No comments: